HTML/JavaScript



Isnin, 22 Jun 2015

Last semester , last year , last day , last memory

Berakhirnya paper web programming tadi, maka berakhirlah sem 4 ni dengan jayanya. Bukan mudah, bukan sikit yang terpaksa dilalui untuk menghabiskan diploma.aipp.. belum official habis lagi sebenarnya  ade lagi sem 5 tapi tu time praktikal tu dah tak duduk dekat ump lagi kira habis lah tu . Berakhirnya kehidupan sebagai seorang pelajar dan bermulanya kehidupan sebagai bakal graduan yang akan bergraduan pada bulan 10 tahun depan. Kot lah.
Actually guys, even korang rasa kehidupan as a university student sangat tak best, penat, stress dan yang sama waktu dengannya. Tapi percaya lah yang masa tu lah yang korang akan ingat sampai tua. Dan masa tu jugak kau akan faham kenapa orang kata better belajar dari kerja . Hidup as a student memang ade pasang surut, ade pahit manisnya tapi percayalah semua pahit manis tu yang didik korang untuk jadi macam yang korang jadi sekarang . Macam aku, dari short semester aku 29/6/2013 aku masuk ump. Sumpah aku tak yakin lansung nak masuk u. Aku takot dengan kejutan budaya yang diorang selalu sebut2. Rindu family . Nangis dalam bilik air masa mandi dengan harapan tak nak orang tahu kau nangis . Walaupun sebenarnya kawan kau tahu yang kau menangis. Pastu time aku masuk . Puasa pulak lagi haru. First time sahur tanpa makan air tangan mak tanpa tengok muka tak sememeh adik beradik kau. Kau akan rasa macam nak meraung minta mak kau datang hanta makanan sebabnya kau rindu semua tu. Kalau macam aku. Aku ni nangis bantai time tarawih sebab teringat mak ayah selalu marah kalau malas nak pergi terawih. Kalau masa kat rumah mak suruh buat tu buat ni. Mak marah . Mak bebel. Bila kat u kau ta dengar dah semua tu. Kau lah mak . Kau lah ayah kau lah adik2..semua by your own. Masa tu kau akan start kenal ramai kawan. Then kau akan start adapt dengan university's life. Kau akan start hilang rasa rindu tu sikit demi sikit. Bukan maksud aku kau lupa semua . Means kau tak de lah nak menangis sebab kau dah ade kawan nak sembang . Kawan nak menganjing. Kawan nak gelak . Tak de lah lonely. Masa short sem tu kiteorang ade kene pergi kem . Wajib kem tu. Bayangkan time puasa pergi kem . Aku rasa macam nak pergi perang. Walaupu. Sebenarnya cuma perang demgan perasaan sendiri. Sama ada malas or rajin tu ja. Kiteorang pegi kem dekat paloh hinai .. antara masa yang paling best sekali masa kiteorang kene masuk hutan. Malam dalam pukul 1 . Takut gila . Masa tu lansung tak ingat tu bulan puasa.. ketor lutut..lemah segala sendi yang ade masa tuan zam (trainer) kiteorang suluh muka aku surih masuk hutan tu. Bayangkan hutan yang aku tak tahu macammana rupa dia . Macam mana dalam dia . Apa yang ada dalam tu. Dia lepaskna sorang2 . Aku masuk . Slow je jalan sebab dia kata pegang tali yang masa kiteorang mula- mula masuk nak elak sesat . Aku pejam mata while pegang tali tu. tetiba (haa kau suspen pulak) aku telanggar objek depan aku. Dia jerit aku jerit sebab tekejut. Cett aku mati- mati ingat aku langgar hantu ke apa ke. Kawan aku rupanya .. dia sikit punya takot masuk dah 15 minit awal tapi duduk dekat situ lagi. Aku ingat nak ajak lah dia jalan sekali dengan aku. Baru nak tarik dia. Tetiba puan ita datang marah suruh aku jalan. Nak buat baik pon salah . Dengan berat hati berat lagi kaki nak melangkah aku pun tinggalkan kawan aku tu sorang . Haa melalak dah dia . So aku pun continue jalan sampai satu semak tu actually aku dah nampak gerak-gerak so aku agak ade yang duduk dekat situ. Jalan dengan muka bodoh . Kene sergah.. muka aku stone gila . Tak ade reaction . Nak buat reaction macam mana pun aku tak tahu sebab aku dah tahu ade orang. Tetiba jalan depan sikit ade orang pegang kaki. Terkejut makkk!! terus terpijak selut. Rosak . Rosak . Rosak. Kasut aku sangkut dalam selut masa aku nak tarik kaki sendiri . Parah betul . Terpaksa pergi dekat yang nyorok dekat semak tu minta tolong amikkan kasut sebab aku tak nampak. Dia pun bangun then cari . Jumpa gak tapi sedih makkk .. tak ada rupa kasut dah. Macam kasut bersalut coklat yang sangat enak dimakan di petang hari. Tergelak tengok kasut sendiri . Pastu aku teruskan jalan . Tetiba ade kain putih melintas atas kepala aku. Sepintas jaa jatuh depan muka.. muahahaha.. aku syak dia punya prank tak jadi . Kesian. Aku pun amik kain tu sangkut dekat tepi tali . Bukan tak takut. Takut lah gila . Dah jatuh tetiba depan muka nak tekencing jugak rasa. Tapi teringat bulan puasa mana ada hantu. Tu yang bahan gelak.masa aku keluar . Aku ingat diorang menanti kepulangan aku. Cehh haram . Diorang tidur. Tak guna . Aku tengok jam . Erm no wonder mereput semua. Dah pukul 4 pagi. Tengah aku nak mendarat kan badan kat atas rumput. Kawan aku jerit. 'Ape lagi kau nak setan ' dalam hati je lah aku mampu cakap benda tu . Gila nak cakap depan . Merajuk 40 minit . . Aku pun bangun lah tengok dia jerit apesal. Erkk makkkk!! aku join jerit sekali. Pacat !!! haa mr pacat saya ni darah dah lah ngam2 cukup untuk badan . Aku berlari pegi tandas dengan harapan pacat tu jatuh. Tak rupanya . Baru aku tahu ape rupa si mr pacat tu . Then baru tahu yang dia hisap darah kotor jaa pastu dia kenyang jatuh mati. Pendekknya umur pacat ni. Kesian dia. Maaflah pacat . Darah aku tak pernah nak derma. So darah kotor banyak sangat . Mati dia tanpa sanak sedara kaum kerabat. K.e.s.i.a.n mati diperantauan.. masa dekat kem tu lah aku berkenan dekat sorang mamat ni . Ehem ehem nama dia. Aku panggil dia nerd sebab gaya dia nerd tapi versi handsome . Tapi syang sebab aku dapat tahu dia suka kawan aku .. sedih . Dah lah baru first time ber crush- crush terus patah hati. . Aku start rapat dengan mamat ni masa aku kene buat masam untuk berbuka . Dia satu group . So selalu sembang , chat fb and so on. Masa tu tak de hati sangat pon dekat dia. Suka sebab bentuk muka dia cantik.  
Okay stop cerita .

So sem seterusnya berjalan dengan baik sampai lah aku kene tendang dari asrama angkara tak cukup merit. Haram gila rasa masa tu. Merit yang aku kumpul tak masuk. Aku rasa kene betray gila sebab aku sanggup korbankan masa tidur aku . Masa baca novel aku. Masa tengok movie aku semata- mata nak cari merit . The end dia tak masuk . . Macam sampah gila rasa . so dengan berat hati call mak. Ikuti perbualan aku dengan mak . Ceh macam baca berita . 
Aku :mak orang( aku ) kene tendang dari hostel . 
Mak : kau buat salah apa sampai kene tendang. Mak hanta kau pergi sana suruh belajar bukan buat hal . Kalau rasa tak nak belajar . Berhenti . 
Haa ni lah masalah mak- mak zaman sekarang . Main terjah je . Ingat nas ahmad ke. 
Aku: mana ada mak ni. Dengar lah orang cakap dulu . Ingat orang ni jahat sangat ke. Rekod bersih dari kes disiplin tau . Orang kene tendang sebab tak cukup merit nak duduk dekat situ. 
Mak : merit tu apa pulak? Untuk apa? 
alahamak oii.. makk.. 
Aku : nati lah orang explain. Balik rumah nati . Esok mak ambil orang pagi eh . Dah sampai bagitahu.
Mak : haa ye lah . Tut tut tut tut tut ..
Aku ingat mak marah smpai letak belum sempat aku bagi salam. Rupanya kredit aku habis. Tak guna. Hujung sem ni semua nak habis. So nak di jadikan cerita . Aku pon mula lah proses cari rumah sewa . Dan akhirnya semua proses sia-sia sebab semua jauh dan aku tak de kenderaan nak pergi u .aku serah sepenuhnya dekat kawan aku sorang ni. So semua dia buat. Aku tukang duduk ja . Bukan aku buli dia. Tapi sebab dia orang pahang jaa dekat dengan u. So better dia cari .

Maka bermula lah sem di rumah sewa . Rumah ni masa aku memula sampai . Tekejut beruk aku. Kalau beruk tengok pun dia boleh bertukar jadi cipan . Rumah tu sangat tak terurus . Dengan rumput panjang. Nampk macam rumah tu tinggal bertahun-tahun . Kepala otak aku mula bayang macam- macam . Antaranya yang aku fikir ialah . Sah aju kene kemas ni . Sebab aku je yang dah tepacak dekat sini . Yang lain mana !! ni rasa nak marah . So dengan berhati- hati aku turun dari van. Ayah masuk dulu dalam rumah tu sebab aku takut . Pergh dalam dia . Furniture cukup khas untuk buat cerita hantu . Semua barang lama-lama . Kerusi rotan . Bilik air dia paling win . ade dua bilik air . Tapi dua- dua ya ampunnn . Kat dapur tu aku pakai kasut nak ke dapur sebab geli lagi. Keciknya bilik air dia. Jamban pun duduk dalam tu . Kalau aku mandi . Korang yang lain nak teberak ke apa. Kau tahan lah . Tak pun bilik air depan ade. Aku pun dengan bahagia masuk master bedroom dengan harapan bilik air dia besar. Allah . Lebih kurang jaa cuma scary lagi dari yang dekat dapur sebab bapk banyak cermin. Pastu dekat dinding tu ade tampal- tampal simin. Kepala otak piki bukan- bukan lagi. Nak tahu aku bayang apa. Ade mayat dalam dinding tu . Macam setan punya imaginasi. Terus mencicit keluar dari bilik air tu . Pandang muka mak ayah dengan harapan diorang cakap cari rumah lain. Tapi sayang . Harapan hanya tinggal harapan . Mak ayah kata rumah tu okay. Aku sebagai anak yang taat. Taat je lah . Bermula proses mengemas. Ayah pergi beli barang nak mengemas. proses mengemas berjalan dengan baik sebab yang lagi dua orang tu dah datang then mak ayah pun balik. Aku mula lah mengemas walaupun pinggang rasa nak patah dah sebab cabut rumput. Rumput dia kalau aku lalu ade gak paras betis aku . Nampak gak lah lama rumah tu tinggal . Settle kemas rumah . Bantai tidur . Letih bak hang . Baru aku faham kenapa mak selalu tidur lepas kemas.. bapak dia penat . Mak!! terima kasih kemas rumah selalu . Petang tu aku bangun bakar sampah  semua . Keluar beli barang  dekat kedai runcit tu. Haa kau jumpa gang2 mak jemah . Semua benda kene tanya . Sebagai generasi muda yang sopan. Kiteorang pun jawab lah semua yang di tanya . Kehidupan kat rumah sewa sangat pahit . Yang seronok bab masak je . Line fon macam haram .wifi tak ada . Tv cuma black and white. So kiteorang pun bukak meja meeting . Bukan meja sebenarnya . Toto ( bkn no ekor tu ) meeting sebenarnya . Bincang punya bincang . Kata sepakat di capai . Pasang internet kat rumah. So akhirnya baru rasa duduk era teknologi . Baru dapat tahu apa yang jadi dekat dunia luar walaupun sebenarnya selama ni tak penah nak ambil tahu. Disebabkan tak tahan duduk rumah sewa . Aku pun buat lah rayuan nak duduk hostel tu balik . Dan dengan izin Allah aku dapat . Bukan aku tam consider housemate aku. Tapi sebab family aku sekarang tengah sempit duit sebab adik aku nombor tiga tu excident. Haa lupa nak cerita . Masa tu aku baru balik kelas dalam pukul 5 . Aku pon baring kejap pastu telelap . Tetiba fon bunyi aku angkat . Suara along cool gila so aku tak syak apa-apa . Tetiba dia tanya mak ada call kau tak? Aku cakap lah tak. Aku dah tak sedap hati . Dia kata . Adik kau excident . Aku expect excident terjun motor ja sebab dia tu dah selalu sangat jatub so dah tak heran . Along sambung . Ayah kata teruk . Mak nangis-nangis suruh dia balik . Aku terus letak call along . Aku turun katil . Aku tengok semua tengah duduk tengok tv. Dorang pelik sebab muka aku kusut sangat . Aku cakap . Korang adik aku excident . Teruk. Respond diorang aku tak nampak sebab aku terus keluar call mak . Ayah angkat . Dengar suara lemah ayah. Aku lemah . Otak mohon jangan piki macam- macam. Dalam hati doa apa yang aku fikir tak betul . Aku tanya ayah . Macam mana alang . Ayah kata ayah tak tahu dia dalam bilik kecemasan lagi . Mak ambil fon ayah . Nangis- nangis mak suruh aku balik sebab adik aku excident . Aku tak nak menangis jadi menangis sebab mak aku macam tu . Aku terus masuk dalam rumah ' korang aku nak balik . Adik aku teruk ' aku terus packing baju . Ainun hanta aku kat terminal . Aku tak piki apa dah . Padahal esok tu aku ade quiz calculus . Aku ta peduli . Aku nak tengok adik aku. Sepanjang balik tu . Aku tak berhenti- henti nangis . Apetah lagi bila adik bongsu aku call 'angah , alang tadi cakap elok je dengan adik .alang gelak-gelak , dia suruh adik tunggu dia balik . Dia bukan pergi mana . Dia pergi ajar kawan dia bahasa arab je . Dia tak pergi tempat lain . Tapi sekarang alang baring tak gerak angah .' aku salah interpret ape yang  adik bongsu aku nak cakap . Aku ingat aku dah hilang sorang adik . Terus lemah semua badan aku . Aku minta dekat dia nak cakap dengan ayah . alang still dalaa.bilik operation . Dr kata dia terpaksa buang tempurung kepala adik aku sebab darah beku dah himpit otak dia . ALLAH .aku rela jaga adik aku tak kira apa jadi asalkan dia terus hidup . sampai kat rumah . Semua ada . Opah pon ada . Mak dah start meracau . Mak tak boleh stress . Kalau dia stress dia hilang imbangan. Dia mula meracau . Aku balik tu nak salam . Mak cakap 'buat apa kau balik . ' Tergamam aku .aku pandang muka ayah . Sayu muka ayah buat aku faham . Aku terus cium tangan mak . Aku masuk bilik . Aku cuba tenang . Ayah masuk bilik . Ayah nampak tenang tapi mata ayah tak boleh tipu . Ayah duduk atas katil aku . Ayah cakap ' ayah tak sanggup jaga adik kau ngah , ayah risau masa depan dia macam mana kalau buang tempurung tu . ' Adu ayah . Aku tekedu tengok air mata seorang lelaki yang selama ni nampak tabah walau apa pun yang jadi . Air mata kasih sayang seorang ayah . Ayah nampak lemah . Aku cuba nak tenangkan ayah . Aku salam ayah . Ayab pun keluar . Telefon alang , cincin alang semua ayah bagi dekat aku . Termasuk tudung alang masa excident . Aku tenguk tudung yang penuh dengan darah . Ayah kata darah keluar ikut telinga . Sebab tu tudung dia penuh darah macam tu . ayah kata masa ayah dapat call kata alang excident . Ayah bawak van ingat nak ambil dia dengan motor . Sekali ayh sampai kat tempat dia excident . Penuh darah. Mak dah mula meracau sebab risau .ayah drive pergi klinik meru sebab orang kt situ dah bawak alang pergi klinik sebab alang teruk . Sampai je dekat sana . Ambulans tak ada . Nak tak nak orang tu kene drive redah jammed bawak alang pergi klinik bukit kuda . Klang waktu petang .waktu kemuncak sangat jammed . Sampai je dekat klinik bukit kuda. Ayah lari pergi dekat kereta yang bawak alang. Ayah kata masa ayah nak angkat alang. Ayah rasa kaki dia dah sejuk beku . Lutut ayah lemah . Ayah tak berdaya nak angkat dia . Orang tu yang angkat alang bawak masuk dalam klinik . Ayah kata masa dr tengah cuba nak rawat alang. Badan alang merekut tahan sakit . Aku dapat bayangkan sakitnya .sebab alang yang aku kenal sangat tahan sakit kecuali sakit yang melampau . Sampai dekat hospital . Dr bagitahu ayah yang alang kene bedah untuk selamat kan dia .alang kene buang tempurung . Kalau tak dia tak boleh selamat . Tapi peluang untuk operate ni berjaya cuma 50/50 sebab alang terlalu muda untuk di bedah dengan keadaan dia lemah. Ayah tak putus harapan . Along teman ayah pergi tanda tangan surat kebenaran untuk operate .mak duduk bawah dengan mandak . . Aku tidur malam dengan air mata . Aku takut aku hilang dia . Adik aku . Pagi tu aku bangun awal ikut ayahpergi hospital . Masa aku baru nak naik lif . Aku nampak ayah lari pergi lif yang baru bukak . Aku ikut. Alang. Aku terkedu . Alang botak . Kat kepala dia ade pelekat tulis 'no bone' . Muka alang tahan sakit . Aku tahu dia sakit . Aku berpaut dekat ayah . Aku peluk ayah menangis semahu mungkin . Adik aku yang aktif terbarung lemah macam tu . Kakak mana yang tahan . Aku telefon along bagitahu dia yang dr nak bwak alang naik ke icu . Aku suruh dia cover mak jangan sampai mak nampak. Tapi aku silap . Aku lupa bond antara seorang ibu dengan anaknya . Mak tak nampak . Tapi mak tahu yang lalu tu alang. Mak mula.meracau . Along kalut . Dia call aku . Suruh ayah naik . Aku dengan ayah berlari naik atas. Mak menangis tak berhenti . Dr panggil ayah masuk . Dia pulangkan tempurung alang . Aku pegang tempurung tu erat . Aku rindu alang . Aku masuk icu dengan mak . Aku kuat untuk mak . Aku papah mak masuk . Mak tak cari . Dia terus jalan sampai satu tempat dia berhenti .aku pelik. Rupanya katil alang . Mak dia seribu bahasa . Aku ketap bibir tahan  air mata yang bergenang di tubir mata . Mak pergi sebelah alang . Mak bagi salam . Tetiba mak cakap ' alang tak.nak jawab salam mak ke ngah? Kejut dia. Tidur apa sampai tak sedar mak . Dia tak jawab salam mak lagi ' aku tahan diri . Aku jawab 'alang penat kot mak . Tengok muka dia penat ' .. mak cuba nak pegang kepala dia tapi dr halang . Mak terdiam . Mak menangis lagi mungkin mak baru sedar yang alang kemalangan . Mak cium pipi alang . Aku pergi ke alang . Aku cium dia . Aku bisik . 'Angah tnggu alang bangun ' .. aku pimpin mak keluar . Takdir tuhan tiada siapa jangka . Alang sedar masa hari lahir aku ke 19 . Terima kasih . Aku masuk pagi tu dengan mak . Aku terkejut tengok alang dah sedar. Dr kata pekembangan dia baik .dia sedar lagi awal dari yang normal . Alang pandang mak . Dia menangis. Mungkin rasa besalah . Mungkin rindu . Mungkin juga takut 
Cuma dia yang tahu . Mak cium pipi dia . Dia sedaya nak bersuara tapi tak boleh . Sebab ade tiub dalam mulut dia . Masa mak keluar . Aku duduk dekat dengan alang. Dia pandang aku sayu . Aku bisik ' terima kasih sebab bangun ' dia pandang aku sambil menangis. Dia capai tangan aku . Dia cium . Gerak mulut dia aku ikut 'selamat hari lahir angah ' Allah air mata yang aku tahan tumpah juga . Dia ingat tarikh lahir aku . Aku kucup erat dahi dia . Dia minta maaf sebab tak dapat sambut hari lahir aku . Bagi aku . Dia sedar dah cukup jadi hadiah bermakna dalam hidup aku . Aku cuma perlu dia . Baru aku faham erti kehilangan . Allah cuma duga aku dengan kehilangan sementara . Aku mula menhargai . Aku ambil cuti seminggu dri pihak university untuk jaga dia . Seminggu aku bermalam dia hospital jaga dia . Okay dah cukup cerita sedih..Aku rasa aku dah jadi kakak mithali sekali .. muahahaha.. Alhamdulillah alang dah kembali pulih . Aku ingat lepas excident . Dia nak taubat tak naik motor . Betullah orang kata . Rider sejati . Dia siap cakap dekat ayah nak amik lesen b full . Perghh .. kelas kau jahh .. aku ni jugak yang trauma nak naik moto ..

Dalam masa satu sem . Aku hilang dua kawan sekali gus . Kawan sepermainan aku dari zaman sekolah rendah . AllAh lbih syang kan dia. Dia kemalangan jalan raya di tapah . Semoga kau tenang sahabat . dan kini sampai lah aku di tahun akhir aku sebagai seorang pelajar diploma . Suka duka perit jerih yang aku lalui sepanjang 4 sem banyak mematangkan aku dalam segala sudut. Masa sem last ni lah kau akan rasa kau perlukan kesabaran yang luar biasa . aku ni je berapa kali nak give up . Masa ni lah guna nya family dan sahabat . Aku ambil project tahun akhir sem 4 ni . Rasa nak bunuh diri . Masa nak cari tajuk pun aku dah ade masalah . Orang dah start buat . Aku still tuka-tuka tajuk .. pastu meroyan. Serius ah korang akan faham kalau korang amik course sama macam aku . Give up tu daa jadi lumrah kat mulut student computer . tapi dengan adanya kawan- kawan aku ni . Aku jumpa juga tajuk yang senang . Arabic learning courseware. Bunyi macam susah kan . Muahahaha.. berbaloi rasa aku sekolah agama dulu . Ada jugak yang aku dapat guna. Ingat senang nak menaip bahasa arab guna keyboard qwertyuiop . Dengan bantuan member-member, roomate , supervisor , semua yang terlibat secara lansung atau tak lansung dalam proses nak siapkan project ni . Aku berjaya jugak siapkan. Actually masa presentation project tu depan evaluator . Ade error .. setan sngat kan . Masa aku re check kat bilik tak de hal pun . Tapi tak apa . Bak kata madam sapa tah . Confident tu penting .salaa betul belakang cerita .. aku pun terang lah system aku ni dengan gigihnya sambil berperang dengan jubah sendri sebab jubah ni labuh sangat.haa ni lah system aku yang penuh dengan kekurangan . biasalah budak bru nak belajar .
yang ni untuk page admin . admin boleh tengok user punya maklumat

yang ni tajuk yang ada diorang akan belajar

yang ni antara chapter yang ada .




yang ni untuk user register
haa dah jangan nak complain buruk . tak yah cakap pun aku tahu buruk .sebab aku ni insan yang lemah yang sangat lemah bab-ba seni ni . 

okay . masa aku masuk hostel balik akudapat roomate super punya . bapak dia sporting . jenis easy going , aku paling muda dlam bilik ni. tapi jangan risau sebab aku punya muka boleh challenge diorang.muahahhaha . masa aku mula-mula masuk . sikit punya sopan . yang belang tu simpan dulu . first impressiom tu penting muahahhaha. aku punya tunjuk ayu aku . sampai roomate aku ni tak sampai hati nak marah aku masa kawan aku datng buat bising . muahhahaha.. macam angel sangat kan. padahal aku lah demon segala demon . hahaha. tak lah setan sangat. baik sikit . actually aku ni pendiam , pemalu . eh jangan nak pertkai . teachers aku semdiri admit benda ni okay . menyesal pulak aku tak sneeping tools chat aku tu . dia panggil aku quiet aand shy girl in the class. haa bagus kan aku. sikit punya senyap sampai cikgu tak tahu pon aku ni form 5 masa sekolah . bhahahahaha. so aku pon easy going jugak dengan diorang . diorang ni best sumpah wa cakap. diorang jenis open , kau cerita lah apa pun dorang okay je . tak ada bantahan . aku sayang diorang ni . bila mana aku stress kat kelas , stress dengan assignment , stress dengan kawan . aku balik bilik je . aku gelak . hilang segala msalah yang aku ada . sumpah aku rasa macam family . lain latar belakang family tapi banyak sejarah silam yang sama . mybe tu yang kitakn bond kiteorang . kiteorang buat benda semua sama-sama , solat jemaah , makan jemaah , mandi jemaah , apa segala jadah semua jemaah , dorang macam kakak aku , aku sakit dorang jaga . doramg sakit aku jaga . lora kiteorang saling jaga satu sama lain . sweetkan . hakak boleh kene diabetes kalau gini selalu . hakak kalau baca waasep group roomate . dalam kelas pon hakak bahan gelak.. lawak sangat . nak buat mcam mana . kang tahan putus pulak urat kentut.  nah hakak belanja tengok muka diaorang .

haa tudia .. tu lah roomate hakak . comey belako sek dio . 
sedih pulak rasa nak habis sem ni. last aku jumpe diorang . last aku makan jemaah dengan diorang , last aku gelak dengan diorang . thanks so much roomate . u guys gave me alot of memories . thanks for the memories . sayang korang sesangat . tak lalu nak menaip lagi sedih , bye2 diploma , bye2 sem4 bye2 kk4 , bye2 roomate , bye2 ump .. moga tak jumpa lagi sem depan depan . doakan result yang baik . with love .. 


Khamis, 9 April 2015

Pesan Ayah

'Aku terima nikahnya.............'

Duhai Adam,
Ketahuilah,
Saat kau lafazkan aku terima nikahnya,
Kau menggalas sebuah tanggungjawab yang amat besar,
Kau menggalas dosa-dosa si hawa,
Kau memimpin si hawa.

#Pesan ayah#
Wahai adam,
Tatkala kau melafazkan akad,
Ayah sudah tiada hak keatas hawa, anak ayah.

Ketahuilah adam,
ayah lepaskan dia kepada kamu.
Untuk kamu lindungi bagaimana ayah melindungi dia,
Untuk kamu didik bagaimana ayah mendidik dia,
Untuk kamu sayangi bagaimana ayah menyanyangi dia,
Untuk kamu cintai bagaimana ayah mencintai dia,
Untuk kamu bahagiakan bagaimana ayah bahagiakan dia.

Wahai adam,
Jangan kau sakiti dia,
Air mata dia , air mata ayah juga
Sakitnya dia , sakitnya ayah juga
Sedihnya dia, sedihnya ayah juga

Adam,
Dulu,
Ayah menjadi teman tidur dia,
Kini ayah serahkan tugas itu kepada kamu,
Dulu,
Esakan dia dicurah di bahu ayah,
Kini esakannya ayah serahkan kepadamu
Dulu,
Sakitnya dia, ayah ubatkan
Kini sakitnya ayah serah padamu
Dulu,
Ayah menjadi teman ceritanya
Kini ayah serahkan teman itu kepadamu.

Duhai Adam ,
Dia adalah amanah buatmu,
Jangan kamu sakiti dia kerana ayah tidak pernah sakiti dia,
Didik lah dia akan hukum kerana tanggungjawab ayah sudah diserah kepadamu,
Didik lah dia dengan berhemah.
Janganlah kamu tinggikan suara kamu ketika bercakap dengannya kerana ayah tidak pernah berkasar dengannya,
Tegurlah dia dengan kasih sayang kerana ayah selalu melakukan begitu.
Nafkahilah dia zahir dan batinnya

Adam,
Ingatlah,
Ayah amanahkan dia kepadamu
namun ,
Bukan bererti dia bukan milik ayah
Dia masih milik ayah.
Izinkan dia melawat kami tatkala dia rindu
Izinkan dia berbakti kepada kami selama kami masih ada.
Syurga dia kini bukan pada ibunya, tetapi pada kamu.

Adam,
Fitrah dia , isteri kamu.
Dia ingin dicintai
Dia ingin dibelai
Dia ingin disanyangi
Dia ingin dilindungi
Dia ingin ditemani
Dulu ia menjadi tugas ayah
kini ayah serahkan semua itu pada kamu.

Adam, ijab sudah dilafaz.
Ayah walinya,
janji sudah terpatri,
Ayah serahkan dia pada kamu
Ayah sempurna fitrah dia
Air mata ini bukan hanya air mata kesedihan
Tetapi air mata kegembiraan.
Ayah telah sempurna tugas ayah
Dia sudah bahagia dengan kamu
Namun air mata kesedihan ini ayah tidak mampu bendung
Dia yang ayah pelihara dari kecil hingga kini.
Ayah amanahkan dia kepadamu Adam.

Jumaat, 20 Mac 2015

Erti Hidup

Ketika insan lain duilit lena
kau masih termangu
Mengenang nasib diri
Kau mula mempersoal takdir
Kau mula gelisah
kau mula sedih
lalu kau menangis

Pernah kau cuba untuk mengubah ?
Pernah kau cuba untuk menerima?
Pernah kau cuba untuk redha ?
Pernah kau melihat keberuntungan yang kau perolehi ?

Tidakkah kau lihat insan lain ?
Tidakkah kau fahami insan lain ?
Tidakkah kau teliti dunia mu ?
Tidakkah kau melihat kebesaraNya ?
Tidakkah kau lihat kasih sayangNya ?
Tidakkah kau lihat sifat pengampunNya ?

lalu mengapa kau masih mempersoal ?
lalu mengapa kau masih bersedih ?
lalu mengapa kau masih mengenang nasib ?
lalu mengapa kau masih tidak redha ?
lalu mengapa kau tidak berusaha ?

Dan bila mana kau mula melihat semuanya dengan iman
Kau akan mula tersenyum
Kau akan berhenti mengeluh
kau akan bersyukur
kau akan redha
kau akan berusaha
Dan kau lebih dekat dengan Pencipta
kau bukan nabi ,
Kau bukan sahabat nabi ,
Kau bukan juga tabi' tabiin ,
kau cuma insan biasa yang mula mengerti erti hidup

Dan ingat lah Allah berfirman 'tidak aku mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri' ; maka benar lah kataNya

Dan ingat lah 'boleh jadi yang kamu benci itu baik untuk kamu , boleh jadi yang kamu sangka baik itu buruk buat kamu .. Allah maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui '

Selasa, 17 Mac 2015

Segenggam Tabah


    Disaat insan lain diulit mimpi indah..aku masih termenung..termenung memikirkan mampukah aku menempuhi semua dugaan yang Kau beri Allah..mampukah aku....Allah..di fikiran mulai terlayang segala tugasan-tugasan ..Assignment..test...video resume..video data network..progress company visit..mana nak layan kerenah manusia yang 1001 karenah..yang tak mungkin boleh terlayan..aku mengeluh perlahan..mampukah aku ALLAH..Air mata mulai bergenang di tubir mata .. aku tahan juga air mata ini agar aku tidak menangis.. "Kuat Nadia..kuat..jangan menangis" hati aku berbisik...aku pejam mata menahan rasa..wajah bahagia mama dengan ayah terlayar.. harapan mereka terlalu tinggi..mana mungkin aku hampakan harapan mereka..sedangkan aku tahu redha ALLAH terletak pada redha mereka..Allah..air mata yang aku tahan mengalir juga..teringat pesan seorang sahabat .. "Nadia,Allah tak akan uji hambanya lebih dari kemampuannya" tapi aku tak mampu..berat sangat rasanya dugaan ni..aku pejam mata mencari dimana silapnya hingga aku lemah sebegini..Solat!! minda ku menjerit..iya..solat..alpa aku dalam kesibukan duniawi hingga mengabaikan solat..tanggungjawab aku sebagai seorang khalifah..sebagai hamba..aku jauh..terlalu jauh dari Mu Allah..terlintas nama seorang sahabat yang saban hari senantiasa mendengar curahan hati aku..mendengar segala masalah yang aku ceritakan kepadanya..tanpa jemu dia menadah telinga mendengar..menjadi pendengar yang baik..memberi tauladan dan nasihat yang mampu mengembalikan semual semangat yang hilang..Dia di mesir..agak-agaknya dia tengah buat apa ya?mesir dengan malayis jarak 5 atau 6 jam..aku lihat jam di telefon bimbitku..jam 2.30 pagi? sekejapnya masa berlalu..Dia disana baru jam 9.30 malam..salam kuhulur melalui whatsappnya..aku lihat whatsapp aku berulang kali..yes dia sedang menaip.. "ye saya?tak tidur lagi?" dia hafal waktu malaysia barangkali..hatiku berbisik..molek tanya dulu samaada dia sedang sibuk atau tidak..jawapan yang aku jangka ..jawapan yang tak kecewakan aku .."tidak..sila2" seperti dapat membaca bahawa sahabatnya sedang dilanda kesedihan..aku mulai menaip.

Nadia:serabut sangat.macam2 benda nak kena settle,assignment,test,company visit     progress,storyboard,video english,video network,dialog,data structure,coding..tak boleh nak handle dah..otak dah tak boleh nak load apa2 dah..tepu..semua benda   nak masuk macam tak ada yang keluar..esok ada test..hafal..faham..lepastu lupa..esok balik nak kena settle storyboard dengan company visit progress..dialong lagi..video lagi..tak tahu mana satu nak selesaikan dulu..sebab semua serentak nak hari selasa.lansung dah tak boleh nak arrange masa study,masa rehat,masa tidur,masa makan semua tu..serabut sangat otak ni..banyak benda nak kena pikir ..dengan tahan perangai manusia lagi..tak tahu nak buat apa dah..otak serabut bila nak study tak faham satu benda pon..badan letih sokmo..tak cukup nak rehat..kadang tu nak sangat cari satu tempat yang jauh dari orang ..nak duduk sorang2..tak nak ada sorang pun yang tahu.tempat yang tenang..yang tak buat nadia fikir hal dunia..otak berat sangat..nak lari dari sesaknya dunia

Fateh : Allah, kalau Fateh  kata Nadia beruntung sebenarnya..Nadia percaya tak? 

Nadia : kenapa? (geleng kepala) 

Fateh : Fateh bagi satu situasi..seorang yang lumpuh dan seorang lagi yang membantu si lumpuh (si lumpuh A ..pembantu B)..si B akan sibuk dengan macam-macam     untuk uruskan si B..betul tak ? (aku angguk walaupun dia ta tahu aku angguk sebenarnya)..adapun si A ni,bagaikan raja..tak perlu buat apa2..segala benda orang lain buatkan..sampai pergi tandas pon orang lain angkatkan...agak2nya antara dua2 tu Nadia nak jadi yang mana?

Nadia : Si B sebab si B usaha macam-macam untuk bantu si A..lepastu dia dapat macam-                     macam disebalik susahnya dia uruskan si A..macam sifat sabar
      
Fateh : Dan yang mana Nadia pilih penat banyak kerja ke penat tak banyak kerja?

Nadia : Penat buat kerja .. (aku mengeluh perlahan)
  
Fateh : Walaupun kita penat buat kerja macam 'hamba'..agak-agak Nadia Allah nampak tak                 semua penat Nadia tu?

Nadia : Tapi Fateh,semua kerja tu buat Nadia lalai..leka..leka study sampai kadang tu terlajak             waktu solat..lewatkan waktu solat and so far tak ada lagi kawan yang menegur bab solat..kalau           Nadia leka or lalai buat kerja semua buta tak tahu ja.so apa bezanya..penat buat kerja tapi solat?           solat tak jaga..Allah nampak .
  
Fateh : Allah Nadia..Maaf kalau Fateh tanya,

Nadia : tak apa tanya lah

Fateh : Sempat tak baca Al-Quran?
  
Nadia : Sempat baca lepas maghrib and lepas subuh.

Fateh : Baguslah..boleh tak ambil Al-Quran sekarang?

Nadia : boleh..sekejap

Fateh : kalau dah..cuba cari surah Ali Imran ayat 142..fahamkan maknanya lepastu cuba Nadia            ulas sikit apa yang Nadia faham tentang ayat tu.

Nadia : makna nya dekat sini apakah kita sangka kita akan masuk syurga Allah sedangkan                  dihadapan Allah , di mata Allah tak ada lagi orang yang betul-betul berjihad dengan                            bersungguh-sungguh dan yang betul-betul tabah dan cekal nak hadapi jihad tu..maksudnya                  orang yang sabar.Yang Nadia faham, kita ni sebenarnya tak cukup lagi jihad kita.tak cukup lagi          sabar dan cekal kita untuk kita dabik dada kata kita akan masuk syurga sebab kita dah                          berjihad..kita dah sabar.

Fateh : Betul tu..maksudnya kat situ syurga Allah tu mahal ke murah? mahal bukan? dan ia                  memerlukan mujahadah yang sangat tinggi.Agak-agak tugasan yang Nadia dapat tu prof yang              bagi atau Allah yang kurniakan?

Nadia : Allah lah..prof dapat semua tu pun dari Allah juga.

Fateh : haa..betul tu, segala tugasan tu datang daripada Allah melalui orang sekeliling kita..jadi            Allah sekarang tengah uji Nadia kan?agak-agak untuk apa?

         aku terkedu.Allah..Kau ingin aku kembali bersujud kepada Mu..aku dah terlalu jauh dari jalan            mu

Nadia : untuk uji tahap kecekalan Nadia
  
Fateh :  untuk apa?kenapa Allah nak uji?

Nadia : Untuk Allah tengok layak atau tak syurga tu untuk kita..(aku mengeluh buat sekian                              kalinya)..layak ke?

Fateh :  Nadia,bukan kita yang putuskan syurga tu layak atau tak

Nadia :  Fateh,Nadia nak tnya something boleh?

Fateh : Silakan

Nadia : Kita satu sekolah 5 tahun kan?sepanjag kita sekelas..apa yang Fateh nampak dari Nadia?
Erm maaf ni tak ada kaitan soal hati cuma pandangan Fateh dari sudut seorang sahabat                         dan juga seorang muslim

Fateh  : Nadia seorang yang tabah,seorang pahlawan yang tak diendang

Nadia : Fateh,janganlah pakai ayat sastera sangat,biasa-biasa jaa lah

Fateh :  Baca ni .. fahamkan..ni lah maksud Fateh
             
       -Pahlawan yang tak didendang-
         Siapakah mereka?
         kehadirannya tak dirasai
pemergiannya pula tak disedari

lalu,
masakan pula mereka diangkat menjadi pahlawan jika mereka tidak dikenali

mengapa perlu mereka dihargai jika ada dan tiadanya mereka bagai tiada apa untuk diberitakan kepada dunia

kehadirannya tidak dirasai bukan kerana mereka culas bekerja

tapi hanya kerana mereka lebih selesa berada dibelakang tabir berbanding terkenal dikaca media massa

tapi,
bagaimana pula mereka begitu tabah mengharungi segala
tanpa penghargaan dunia?

tidak lain dan tidak bukan
hanya kerana Allah telah memujuk hati mereka

"Dan katakanlah(wahai muhammad),Beramallah kamu ( akan segala yang diperintahkan),maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan;dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang maha mengetahui perkara-perkara ghaib dan yang  nyata,kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"

Walau dunia tak mengenali mereka
cukuplah Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman mengenali mereka

maka benarlah
peribahasa yang kita selalu ungkapkan
"lembu punya susu,sapi dapat nama"
biarkanlaah sapi yang mendapat nama
walau dunia tidak mengetahui siapakah gerangan sang lembu itu
tapi cukuplah mereka mengerti tanpa sang lembu 
mungkin tiada susu
dan sapi itu bukanlah sesiapa

        
Nadia : Ni post yang dekat facebook tu kan?

Fateh : Ha'ah, Nadia antara yang Fateh tujukan melalui post ni
       
Nadia ; Cliche' sangat , tu dari sudut pandangan Fateh? tapi kenapa ? apa yang Nadia buat                    sampai dapat gelaran Pahlawan yang tak didendang tu

Fateh : tak nak bagitahu cukuplah Nadia tahu pandangan Fateh kat Nadia sepanjang kita kenal           ,Nadia buat apa yang sepatutnya Nadia buat ,setiap perkara yang dipertanggungjawabkan kepada          kita pasti kita mampu. Itu janji Allah

Nadia : Fateh..Nadia ada kerja nak buat..Nanti kita sambung chat lagi.Terima kasih luang masa           untuk Nadia.Terima kasih sebab bagi nasihat.
      
Fateh : okey..sama-sama .kita hidup ni kena saling nasihat antara satu sama

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


    

Hati Kala Cinta


       " Saya dah dekat airport..saya pergi oversea..tak tahu berapa lama..awak tunggu saya balik                       yaa..bye...sayang awak ketat-ketat.."

            Hanya seringkas itu mesej yang diberi oleh Faiz.Itulah juga mesej terakhir yang diterima oleh Halina dari Faiz.Halina termanggu..apa maksud Faiz??kemana dia pergi??berapa lama dia pergi??kenapa aku tak pernah tahu selama ni??kenapa dia pergi mengejut?? persoalan itu acapkali bermain diminda Halina..Dia kecewa dengan sikap Faiz kali ini..

        Dua bulan telah berlalu,tiada lansung khabar dari Faiz.Halina buntu,Ya Allah,mana dia,aku rindu dia sangat-sangat..kenapa tak ada lansung khabar berita??apa khabar dia??sihat ke??..Halina termenung buat kesekian kalinya.Sejak Faiz pergi tanpa khabar berita.Dia lagi banyak termenung."Halinaaa!!!!!" jerit Farah..tersentak Halina mendengar jeritan sahabat baiknya itu..Hilang semua persoalan yang ada dimindanya.Dia menjling Farah."kau ni tak reti nak bagi salam ke?masuk bilik orang sesuka kau jaa"marah Halina..dia mengusap telinganya yang bingit akibat jeritan sahabatnya itu."weh mak cik Halina..naik lebam tangan aku ni ketuk pintu bilik kau ni..kau tu menung jaa..ta sudah2..aku jerit je lah..erm..by the ways..kau kenapa?sejak dua menjak tiga menjak ni..asyik menung jaa...ada masalah ke?cerita lah kat aku..aku kan kawan kau"ujar Farah.Dia mengambil tempat disebelah Halina..memeluk patung spongebob kesanyangan Halina..Halina merampasnya kembali.."kemutnya dia ni..spongebob je pon"gumam Farah..Halina senyum hambar."Ina,jangan cakap sebab Faiz lagi...Ina dah la tu..lupakan dia okey..da dua bulan Ina..Maaflah..bukan aku nak jadi batu api..aku tak nak kau kecewa..aku cuma nak kau buka mata kau..buka fikiran kau..aku tahu Faiz tu kau sayang sangat-sangat..tapi ingat Ina..sedangkan suami isteri pon bole bercerai..lagikan kauorang yang tak ada ikatan.maaflah Ina kalau aku lantang sangat2..aku sayang kau Ina..cukuplah sekali kau kecewa..aku tak nak kau kecewa lagi.."Ujar Farah..dia memegang erat bahu sahabatnya itu.Airmata Halina mula mengalir buat kesekian kalinya."Farah,aku sayang dia sangat-sangat..aku tak tahu nak buat apa..mungkin ada betul nya yang kau cakap dulu..kalau dia sayang aku lagi..dia akan cari jalan nak contact aku..ni lansung tak..and untuk pengetahuan kau..aku dah try lupakan dia..aku da try buka pintu hati aku untuk orang lain..tapi tak boleh..tiap kali aku nak buka...muka dia..kata-kata dia selalu muncul..aku tak kuat Farah..tak kuat..apa salah aku Farah..kenapa dia buat aku macam ni..aku dah cari dia merata dah..aku da buat macam-macam nak lupakan dia..tetap tak boleh..tolong aku Farah..aku tak nak hidup dalam bayangan dia..sakit..sakit sangat...aku da penat menangis.."Ujar Halina..Dia menagis sepuasnya..Farah memeluk erat sahabatnya itu..Hatinya mula berkata-kata..Allah..jangan kau duga sahabat aku melebihi batas mampunya...dia turut menagis mengenang nasib sahabatnya.Dia juga turut kecewa dengan tingkah Faiz..Faiz yang mula dikenalnya bukan begitu..namun kini berubah..Faiz pergi tanpa alasan.Lama mereka berdakapan..Halina terlena bersama sisa tangisan..sayu hati Farah melihat sahabatnya.Kenapa cinta kau selalu diuji Halina..Tabahlah sahabat..aku selalu ada untuk kau.Dia membaringkan Halina...Dia sendiri tidak sedar bila dia terlena.

       "Farah!!!!!!"...jerit Halina..secara automatik Farah bangun duduk bersila dek kerana terkejut mendengar jeritan Halina..terpisat-pisat dia.."kau kenapa jerit2 nih...terkejut aku..gila lah budak ni.."marah Farah..sambil itu dia bangun menuju ke biliknya.."hahahaha...sorry lah..aku bosan lah..kau ni..mentang-mentang cuti..kau boleh pulak bangun lewat..pukul berapa dah ni makcik oiii..anak dara tak elok bangun lambat..rezeki tak masuk....bangun2..pergi mandi..jom ikut aku beli barang dapur"bebel Halina..Farah berdiri tegak dihadapan Halina..Halina mengerutkan dahinya..kenapa pulak budak ni..mengigau ke..."kau kenapa?mengigau ke?"ujar Halina..Farah tersengih.."dasyat juga kau bebel eh ..tak silap aku panggil kau mak cik..boleh challenge mak aku kat rumah tu...pastu siap buat muka garang...uuuuuuuuuuuuuuuu....takutnya aku..."ujar Farah..sambil tergelak.."kurang ajar budak ni...baik kau bersiap cepat...kalau tak aku bagitahu mak kauyang kau  selalu bangun lambat"ugut Halina...dia tahu Puan Hasimah.ibu Farah amat  pantang jika anak daranya bangun lewat..mulalah dia berkuliah subuh..Itu yang digeruni oleh Farah..:kau ni sikit2 guna nama mak aku..ye lah aku pergi mandi ni"Farah mengalah.."kau bawak troli tu..aku tak nak.."ujar Halina..dia berjalan laju meninggalkan Farah.."eh..aku pulak..kau ni kan..kau bayar semua barang hari ni..aku juga yang kena bawa benda alah ni..."gumam Farah..saat itu dia terlanggar seseorang.."auch..buta ke?mata tu letak kat mana?"marah lelaki tersebut.Farah tergamam seketika..terkejut kerana ditengking..namun dia cepat-cepat menjawab.."aku pulak..kau yang duk sibuk bermesra dengan perempuan tu..mana nak nampak kontena depan kau nak lalu..nasib baik kontena aku slow..aklau laju..arwah lah kau..tak sempat taubat..nak kecoh pulak"Bentak Farah..Lelaki itu bengang..Dia membuka kacamata nya..Farah tergamam..Halina yang menjadi pemerhati turut tergamam..Ya Allah,wajah tu yang sangat dirinduinya."Faiz"terkeluar juga nama itu dari mulut Farah dan Halina serentak..Faiz hanya membuat riak selamba tanpa rasa bersalah memeluk erat pinggang wanita disebelahnya."oh hai..kau rupanya..patut macam kenal jaa cara cakap kau..eh..kau pon ada Halina..how have you been??long time no see...sihat?"ujar Faiz tanpa perasaan..Mata Halina berkaca melihat lingkaran tangan Faiz di pinggang wanita disebelahnya.."Aku okey jaa..eh..sapa ni?tak nak kenalkan ke?"ujar Farah..cuba berlagak selamba sedankan hatinya menggelegak melihat aksi mesra Faiz.."oh..lupa pula..ni tunang aku...Ainun.."tersentak Halina..dia mengalih pandangan...tidak mahu perubahan wajahnya dikesan.."tunang??eh..bukan kau couple dengan Halina ke?bukan kau janji dengan Halina nak tunang dengan dia ke?bukan kau suruh Halina tunggu kau ke?kau ni muka buaya betul.."ujar Farah selamba..Giliran Ainun dan Faiz pula tergamam..Halina menarik2 lengan Farah untuk beredar.."Apa maksud you?"ujar Ainun..dia pelik.."maksud i,dulu si buaya ni couple dengan si Halina ni..Pastu si buaya ni suruh Halina tunggu dia sebab dia janji dia nak tunang dengan si Halina ni..tak sangka pulak yang buaya ni da tunang siap2 sebelum balik..baguslah...Good job Faiz...ermm..by the way..Cik Ainun,carefull eh..takut you pula jad mangsa dia lepas ni.."ujar Farah sebelum beredar...Mood shoppingnya musnah dek kerana pertemuan yang tidak dijangka itu..Halina diam seribu bahasa.."betul kau cakap Farah..Faiz da lupakan aku..see..dia dah bertunang dengan orang lain da pun...hummm..tak apa lah..bukan jodoh aku dengan dia..aku reda .."ujar Halina,.dia mengeluh berat...Serentak dengan itu dia berdiri..Farah memandang pelik.."budak ni da kenapa?semalam bukan main nangis bagai nak apa..sekarang ni cool semacam jaa"gumam Farah.."weh..jomlah..aku nak beli barang dapur ni.."ujar Halina..tiada riak sedih lansung diwajahnya..lagi Farah bingung..Farah bangun perlahan..dia menapak kearah Halina..dia menekapkan tangan di dahi Halina.."kau ni dah kenapa..aku sihat lah.."ujar Halina segera mengalihkan tangan Farah..dia tergelak.."aku okey lah Farah oii...tak ada apa pun..dah bukan jodoh aku dengan dia nak buat macam mana..takkan kau nak suruh aku neraung dekat situ tadi?merayu dekat dia?macam tu??"ujar Halina.."err...tak nak..tak nak.."...mereka tergelak..aku tahu dalam hati kau menangis..sabar lah Halina...ujar Farah..dia berlari mengejar Halina yang jauh meninggalkannya.















Aku yang kau panggil sayang


Dulu...
kau selalu ada disaat aku memerlukanmu
kau selalu ada saat aku sedih
kau selalu ada disaat aku gembira
kau juga selalu ada disaat aku jatuh

sedih aku
adalah sedih kau juga
ketawa aku
adalah ketawa kau juga
jatuh aku
kau lah yang membuat aku bangkit
segala kata-kata semangat yang kau berikan masih tersemat di hati
kau lah yang menemani hari-hari ku


walau kau jauh...
aku tetap rasa kehadiran kau dalam hati ini
aku tetap seolah mendengar tawamu
aku tetap seolah mendengar esak tangismu
aku tetap seolah merasai sakitmu

saat itu,
aku serahkan hatiku kepadamu
untuk kau jaga
untuk kau rawat luka-luka lama
untuk kau belai
untuk kau curah sepenuh kasihmu
untuk kau lindungi
aku percayakanmu

NAMUN...

kini semuanya tinggal kenangan

kau tidak lagi seperti dahulu
kau berubah
sangat-sangat berubah
aku sendiri tidak mengerti dimana silap ku
kau hilang
seolah-olah hilang dari hidupku
dan kau menjelma menjadi seorang insan lain yang tidak ku kenali
kau sakiti aku
kau kecewakan aku
kau semakin jauh
jauh...jauh..dan jauh
jauh dari hidup aku

kau hancurkan hati aku dengan sikap kau
kau hancurkan hati aku dengan kata-kata kau
kau kecewa aku
kau buat aku menangis
kau buat aku sedih
kau buat aku sakit
kau tak peduli perasaan aku
kau pentingkan dunia kau dari aku
kau abaikan aku

kenapa?
apa salah aku?
dimana salah aku?

dimana kau yang aku kenali?
dimana tuturmu yang mampu menghilang gundah di hati?
dimana tuturmu memjukku saat aku jatuh?
dimana janji-janji mu?
dimana sifat mu yang sangat ku sanjungi?
dimana kau campakkan tulus hatimu?
dimana?

kembalilah sayang
aku rindu akan dirimu
aku yang kau panggil sayang...

Di Persimpangan Dilema


Masa berlalu
Tanpaku menyedari
Perhubungan yang kita bina
Hampir terlerai

Apa salahku
Kau buat ku begini
Dalam dilema
Di antara jalan derita

Tidak pernah ku duga
Ini semua terjadi

Janganlah engkau
Menghancurkan segala
Setelah lama
Kita mengharungi bersama

Usah biarkan cinta kita yang suci
Di lambung ombak
Karam di lautan berduri

Hanya satu pintaku
Moga kau menginsafi
Semua ini...

Telah banyak yang ku beri
Sejak dulu lagi
Pengorbanan tiada pernah jemu
Hanyalah Tuhan saja
Bisa menentukan semua
Kesabaran daku menantimu

Ku tetap memaafkan
Dan berdoa kau kembali
Sebelum diri melangkah pergi...
-telah terlerai-