HTML/JavaScript



Jumaat, 20 Mac 2015

Erti Hidup

Ketika insan lain duilit lena
kau masih termangu
Mengenang nasib diri
Kau mula mempersoal takdir
Kau mula gelisah
kau mula sedih
lalu kau menangis

Pernah kau cuba untuk mengubah ?
Pernah kau cuba untuk menerima?
Pernah kau cuba untuk redha ?
Pernah kau melihat keberuntungan yang kau perolehi ?

Tidakkah kau lihat insan lain ?
Tidakkah kau fahami insan lain ?
Tidakkah kau teliti dunia mu ?
Tidakkah kau melihat kebesaraNya ?
Tidakkah kau lihat kasih sayangNya ?
Tidakkah kau lihat sifat pengampunNya ?

lalu mengapa kau masih mempersoal ?
lalu mengapa kau masih bersedih ?
lalu mengapa kau masih mengenang nasib ?
lalu mengapa kau masih tidak redha ?
lalu mengapa kau tidak berusaha ?

Dan bila mana kau mula melihat semuanya dengan iman
Kau akan mula tersenyum
Kau akan berhenti mengeluh
kau akan bersyukur
kau akan redha
kau akan berusaha
Dan kau lebih dekat dengan Pencipta
kau bukan nabi ,
Kau bukan sahabat nabi ,
Kau bukan juga tabi' tabiin ,
kau cuma insan biasa yang mula mengerti erti hidup

Dan ingat lah Allah berfirman 'tidak aku mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri' ; maka benar lah kataNya

Dan ingat lah 'boleh jadi yang kamu benci itu baik untuk kamu , boleh jadi yang kamu sangka baik itu buruk buat kamu .. Allah maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui '

Selasa, 17 Mac 2015

Segenggam Tabah


    Disaat insan lain diulit mimpi indah..aku masih termenung..termenung memikirkan mampukah aku menempuhi semua dugaan yang Kau beri Allah..mampukah aku....Allah..di fikiran mulai terlayang segala tugasan-tugasan ..Assignment..test...video resume..video data network..progress company visit..mana nak layan kerenah manusia yang 1001 karenah..yang tak mungkin boleh terlayan..aku mengeluh perlahan..mampukah aku ALLAH..Air mata mulai bergenang di tubir mata .. aku tahan juga air mata ini agar aku tidak menangis.. "Kuat Nadia..kuat..jangan menangis" hati aku berbisik...aku pejam mata menahan rasa..wajah bahagia mama dengan ayah terlayar.. harapan mereka terlalu tinggi..mana mungkin aku hampakan harapan mereka..sedangkan aku tahu redha ALLAH terletak pada redha mereka..Allah..air mata yang aku tahan mengalir juga..teringat pesan seorang sahabat .. "Nadia,Allah tak akan uji hambanya lebih dari kemampuannya" tapi aku tak mampu..berat sangat rasanya dugaan ni..aku pejam mata mencari dimana silapnya hingga aku lemah sebegini..Solat!! minda ku menjerit..iya..solat..alpa aku dalam kesibukan duniawi hingga mengabaikan solat..tanggungjawab aku sebagai seorang khalifah..sebagai hamba..aku jauh..terlalu jauh dari Mu Allah..terlintas nama seorang sahabat yang saban hari senantiasa mendengar curahan hati aku..mendengar segala masalah yang aku ceritakan kepadanya..tanpa jemu dia menadah telinga mendengar..menjadi pendengar yang baik..memberi tauladan dan nasihat yang mampu mengembalikan semual semangat yang hilang..Dia di mesir..agak-agaknya dia tengah buat apa ya?mesir dengan malayis jarak 5 atau 6 jam..aku lihat jam di telefon bimbitku..jam 2.30 pagi? sekejapnya masa berlalu..Dia disana baru jam 9.30 malam..salam kuhulur melalui whatsappnya..aku lihat whatsapp aku berulang kali..yes dia sedang menaip.. "ye saya?tak tidur lagi?" dia hafal waktu malaysia barangkali..hatiku berbisik..molek tanya dulu samaada dia sedang sibuk atau tidak..jawapan yang aku jangka ..jawapan yang tak kecewakan aku .."tidak..sila2" seperti dapat membaca bahawa sahabatnya sedang dilanda kesedihan..aku mulai menaip.

Nadia:serabut sangat.macam2 benda nak kena settle,assignment,test,company visit     progress,storyboard,video english,video network,dialog,data structure,coding..tak boleh nak handle dah..otak dah tak boleh nak load apa2 dah..tepu..semua benda   nak masuk macam tak ada yang keluar..esok ada test..hafal..faham..lepastu lupa..esok balik nak kena settle storyboard dengan company visit progress..dialong lagi..video lagi..tak tahu mana satu nak selesaikan dulu..sebab semua serentak nak hari selasa.lansung dah tak boleh nak arrange masa study,masa rehat,masa tidur,masa makan semua tu..serabut sangat otak ni..banyak benda nak kena pikir ..dengan tahan perangai manusia lagi..tak tahu nak buat apa dah..otak serabut bila nak study tak faham satu benda pon..badan letih sokmo..tak cukup nak rehat..kadang tu nak sangat cari satu tempat yang jauh dari orang ..nak duduk sorang2..tak nak ada sorang pun yang tahu.tempat yang tenang..yang tak buat nadia fikir hal dunia..otak berat sangat..nak lari dari sesaknya dunia

Fateh : Allah, kalau Fateh  kata Nadia beruntung sebenarnya..Nadia percaya tak? 

Nadia : kenapa? (geleng kepala) 

Fateh : Fateh bagi satu situasi..seorang yang lumpuh dan seorang lagi yang membantu si lumpuh (si lumpuh A ..pembantu B)..si B akan sibuk dengan macam-macam     untuk uruskan si B..betul tak ? (aku angguk walaupun dia ta tahu aku angguk sebenarnya)..adapun si A ni,bagaikan raja..tak perlu buat apa2..segala benda orang lain buatkan..sampai pergi tandas pon orang lain angkatkan...agak2nya antara dua2 tu Nadia nak jadi yang mana?

Nadia : Si B sebab si B usaha macam-macam untuk bantu si A..lepastu dia dapat macam-                     macam disebalik susahnya dia uruskan si A..macam sifat sabar
      
Fateh : Dan yang mana Nadia pilih penat banyak kerja ke penat tak banyak kerja?

Nadia : Penat buat kerja .. (aku mengeluh perlahan)
  
Fateh : Walaupun kita penat buat kerja macam 'hamba'..agak-agak Nadia Allah nampak tak                 semua penat Nadia tu?

Nadia : Tapi Fateh,semua kerja tu buat Nadia lalai..leka..leka study sampai kadang tu terlajak             waktu solat..lewatkan waktu solat and so far tak ada lagi kawan yang menegur bab solat..kalau           Nadia leka or lalai buat kerja semua buta tak tahu ja.so apa bezanya..penat buat kerja tapi solat?           solat tak jaga..Allah nampak .
  
Fateh : Allah Nadia..Maaf kalau Fateh tanya,

Nadia : tak apa tanya lah

Fateh : Sempat tak baca Al-Quran?
  
Nadia : Sempat baca lepas maghrib and lepas subuh.

Fateh : Baguslah..boleh tak ambil Al-Quran sekarang?

Nadia : boleh..sekejap

Fateh : kalau dah..cuba cari surah Ali Imran ayat 142..fahamkan maknanya lepastu cuba Nadia            ulas sikit apa yang Nadia faham tentang ayat tu.

Nadia : makna nya dekat sini apakah kita sangka kita akan masuk syurga Allah sedangkan                  dihadapan Allah , di mata Allah tak ada lagi orang yang betul-betul berjihad dengan                            bersungguh-sungguh dan yang betul-betul tabah dan cekal nak hadapi jihad tu..maksudnya                  orang yang sabar.Yang Nadia faham, kita ni sebenarnya tak cukup lagi jihad kita.tak cukup lagi          sabar dan cekal kita untuk kita dabik dada kata kita akan masuk syurga sebab kita dah                          berjihad..kita dah sabar.

Fateh : Betul tu..maksudnya kat situ syurga Allah tu mahal ke murah? mahal bukan? dan ia                  memerlukan mujahadah yang sangat tinggi.Agak-agak tugasan yang Nadia dapat tu prof yang              bagi atau Allah yang kurniakan?

Nadia : Allah lah..prof dapat semua tu pun dari Allah juga.

Fateh : haa..betul tu, segala tugasan tu datang daripada Allah melalui orang sekeliling kita..jadi            Allah sekarang tengah uji Nadia kan?agak-agak untuk apa?

         aku terkedu.Allah..Kau ingin aku kembali bersujud kepada Mu..aku dah terlalu jauh dari jalan            mu

Nadia : untuk uji tahap kecekalan Nadia
  
Fateh :  untuk apa?kenapa Allah nak uji?

Nadia : Untuk Allah tengok layak atau tak syurga tu untuk kita..(aku mengeluh buat sekian                              kalinya)..layak ke?

Fateh :  Nadia,bukan kita yang putuskan syurga tu layak atau tak

Nadia :  Fateh,Nadia nak tnya something boleh?

Fateh : Silakan

Nadia : Kita satu sekolah 5 tahun kan?sepanjag kita sekelas..apa yang Fateh nampak dari Nadia?
Erm maaf ni tak ada kaitan soal hati cuma pandangan Fateh dari sudut seorang sahabat                         dan juga seorang muslim

Fateh  : Nadia seorang yang tabah,seorang pahlawan yang tak diendang

Nadia : Fateh,janganlah pakai ayat sastera sangat,biasa-biasa jaa lah

Fateh :  Baca ni .. fahamkan..ni lah maksud Fateh
             
       -Pahlawan yang tak didendang-
         Siapakah mereka?
         kehadirannya tak dirasai
pemergiannya pula tak disedari

lalu,
masakan pula mereka diangkat menjadi pahlawan jika mereka tidak dikenali

mengapa perlu mereka dihargai jika ada dan tiadanya mereka bagai tiada apa untuk diberitakan kepada dunia

kehadirannya tidak dirasai bukan kerana mereka culas bekerja

tapi hanya kerana mereka lebih selesa berada dibelakang tabir berbanding terkenal dikaca media massa

tapi,
bagaimana pula mereka begitu tabah mengharungi segala
tanpa penghargaan dunia?

tidak lain dan tidak bukan
hanya kerana Allah telah memujuk hati mereka

"Dan katakanlah(wahai muhammad),Beramallah kamu ( akan segala yang diperintahkan),maka Allah dan Rasulnya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan;dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang maha mengetahui perkara-perkara ghaib dan yang  nyata,kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"

Walau dunia tak mengenali mereka
cukuplah Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman mengenali mereka

maka benarlah
peribahasa yang kita selalu ungkapkan
"lembu punya susu,sapi dapat nama"
biarkanlaah sapi yang mendapat nama
walau dunia tidak mengetahui siapakah gerangan sang lembu itu
tapi cukuplah mereka mengerti tanpa sang lembu 
mungkin tiada susu
dan sapi itu bukanlah sesiapa

        
Nadia : Ni post yang dekat facebook tu kan?

Fateh : Ha'ah, Nadia antara yang Fateh tujukan melalui post ni
       
Nadia ; Cliche' sangat , tu dari sudut pandangan Fateh? tapi kenapa ? apa yang Nadia buat                    sampai dapat gelaran Pahlawan yang tak didendang tu

Fateh : tak nak bagitahu cukuplah Nadia tahu pandangan Fateh kat Nadia sepanjang kita kenal           ,Nadia buat apa yang sepatutnya Nadia buat ,setiap perkara yang dipertanggungjawabkan kepada          kita pasti kita mampu. Itu janji Allah

Nadia : Fateh..Nadia ada kerja nak buat..Nanti kita sambung chat lagi.Terima kasih luang masa           untuk Nadia.Terima kasih sebab bagi nasihat.
      
Fateh : okey..sama-sama .kita hidup ni kena saling nasihat antara satu sama

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


    

Hati Kala Cinta


       " Saya dah dekat airport..saya pergi oversea..tak tahu berapa lama..awak tunggu saya balik                       yaa..bye...sayang awak ketat-ketat.."

            Hanya seringkas itu mesej yang diberi oleh Faiz.Itulah juga mesej terakhir yang diterima oleh Halina dari Faiz.Halina termanggu..apa maksud Faiz??kemana dia pergi??berapa lama dia pergi??kenapa aku tak pernah tahu selama ni??kenapa dia pergi mengejut?? persoalan itu acapkali bermain diminda Halina..Dia kecewa dengan sikap Faiz kali ini..

        Dua bulan telah berlalu,tiada lansung khabar dari Faiz.Halina buntu,Ya Allah,mana dia,aku rindu dia sangat-sangat..kenapa tak ada lansung khabar berita??apa khabar dia??sihat ke??..Halina termenung buat kesekian kalinya.Sejak Faiz pergi tanpa khabar berita.Dia lagi banyak termenung."Halinaaa!!!!!" jerit Farah..tersentak Halina mendengar jeritan sahabat baiknya itu..Hilang semua persoalan yang ada dimindanya.Dia menjling Farah."kau ni tak reti nak bagi salam ke?masuk bilik orang sesuka kau jaa"marah Halina..dia mengusap telinganya yang bingit akibat jeritan sahabatnya itu."weh mak cik Halina..naik lebam tangan aku ni ketuk pintu bilik kau ni..kau tu menung jaa..ta sudah2..aku jerit je lah..erm..by the ways..kau kenapa?sejak dua menjak tiga menjak ni..asyik menung jaa...ada masalah ke?cerita lah kat aku..aku kan kawan kau"ujar Farah.Dia mengambil tempat disebelah Halina..memeluk patung spongebob kesanyangan Halina..Halina merampasnya kembali.."kemutnya dia ni..spongebob je pon"gumam Farah..Halina senyum hambar."Ina,jangan cakap sebab Faiz lagi...Ina dah la tu..lupakan dia okey..da dua bulan Ina..Maaflah..bukan aku nak jadi batu api..aku tak nak kau kecewa..aku cuma nak kau buka mata kau..buka fikiran kau..aku tahu Faiz tu kau sayang sangat-sangat..tapi ingat Ina..sedangkan suami isteri pon bole bercerai..lagikan kauorang yang tak ada ikatan.maaflah Ina kalau aku lantang sangat2..aku sayang kau Ina..cukuplah sekali kau kecewa..aku tak nak kau kecewa lagi.."Ujar Farah..dia memegang erat bahu sahabatnya itu.Airmata Halina mula mengalir buat kesekian kalinya."Farah,aku sayang dia sangat-sangat..aku tak tahu nak buat apa..mungkin ada betul nya yang kau cakap dulu..kalau dia sayang aku lagi..dia akan cari jalan nak contact aku..ni lansung tak..and untuk pengetahuan kau..aku dah try lupakan dia..aku da try buka pintu hati aku untuk orang lain..tapi tak boleh..tiap kali aku nak buka...muka dia..kata-kata dia selalu muncul..aku tak kuat Farah..tak kuat..apa salah aku Farah..kenapa dia buat aku macam ni..aku dah cari dia merata dah..aku da buat macam-macam nak lupakan dia..tetap tak boleh..tolong aku Farah..aku tak nak hidup dalam bayangan dia..sakit..sakit sangat...aku da penat menangis.."Ujar Halina..Dia menagis sepuasnya..Farah memeluk erat sahabatnya itu..Hatinya mula berkata-kata..Allah..jangan kau duga sahabat aku melebihi batas mampunya...dia turut menagis mengenang nasib sahabatnya.Dia juga turut kecewa dengan tingkah Faiz..Faiz yang mula dikenalnya bukan begitu..namun kini berubah..Faiz pergi tanpa alasan.Lama mereka berdakapan..Halina terlena bersama sisa tangisan..sayu hati Farah melihat sahabatnya.Kenapa cinta kau selalu diuji Halina..Tabahlah sahabat..aku selalu ada untuk kau.Dia membaringkan Halina...Dia sendiri tidak sedar bila dia terlena.

       "Farah!!!!!!"...jerit Halina..secara automatik Farah bangun duduk bersila dek kerana terkejut mendengar jeritan Halina..terpisat-pisat dia.."kau kenapa jerit2 nih...terkejut aku..gila lah budak ni.."marah Farah..sambil itu dia bangun menuju ke biliknya.."hahahaha...sorry lah..aku bosan lah..kau ni..mentang-mentang cuti..kau boleh pulak bangun lewat..pukul berapa dah ni makcik oiii..anak dara tak elok bangun lambat..rezeki tak masuk....bangun2..pergi mandi..jom ikut aku beli barang dapur"bebel Halina..Farah berdiri tegak dihadapan Halina..Halina mengerutkan dahinya..kenapa pulak budak ni..mengigau ke..."kau kenapa?mengigau ke?"ujar Halina..Farah tersengih.."dasyat juga kau bebel eh ..tak silap aku panggil kau mak cik..boleh challenge mak aku kat rumah tu...pastu siap buat muka garang...uuuuuuuuuuuuuuuu....takutnya aku..."ujar Farah..sambil tergelak.."kurang ajar budak ni...baik kau bersiap cepat...kalau tak aku bagitahu mak kauyang kau  selalu bangun lambat"ugut Halina...dia tahu Puan Hasimah.ibu Farah amat  pantang jika anak daranya bangun lewat..mulalah dia berkuliah subuh..Itu yang digeruni oleh Farah..:kau ni sikit2 guna nama mak aku..ye lah aku pergi mandi ni"Farah mengalah.."kau bawak troli tu..aku tak nak.."ujar Halina..dia berjalan laju meninggalkan Farah.."eh..aku pulak..kau ni kan..kau bayar semua barang hari ni..aku juga yang kena bawa benda alah ni..."gumam Farah..saat itu dia terlanggar seseorang.."auch..buta ke?mata tu letak kat mana?"marah lelaki tersebut.Farah tergamam seketika..terkejut kerana ditengking..namun dia cepat-cepat menjawab.."aku pulak..kau yang duk sibuk bermesra dengan perempuan tu..mana nak nampak kontena depan kau nak lalu..nasib baik kontena aku slow..aklau laju..arwah lah kau..tak sempat taubat..nak kecoh pulak"Bentak Farah..Lelaki itu bengang..Dia membuka kacamata nya..Farah tergamam..Halina yang menjadi pemerhati turut tergamam..Ya Allah,wajah tu yang sangat dirinduinya."Faiz"terkeluar juga nama itu dari mulut Farah dan Halina serentak..Faiz hanya membuat riak selamba tanpa rasa bersalah memeluk erat pinggang wanita disebelahnya."oh hai..kau rupanya..patut macam kenal jaa cara cakap kau..eh..kau pon ada Halina..how have you been??long time no see...sihat?"ujar Faiz tanpa perasaan..Mata Halina berkaca melihat lingkaran tangan Faiz di pinggang wanita disebelahnya.."Aku okey jaa..eh..sapa ni?tak nak kenalkan ke?"ujar Farah..cuba berlagak selamba sedankan hatinya menggelegak melihat aksi mesra Faiz.."oh..lupa pula..ni tunang aku...Ainun.."tersentak Halina..dia mengalih pandangan...tidak mahu perubahan wajahnya dikesan.."tunang??eh..bukan kau couple dengan Halina ke?bukan kau janji dengan Halina nak tunang dengan dia ke?bukan kau suruh Halina tunggu kau ke?kau ni muka buaya betul.."ujar Farah selamba..Giliran Ainun dan Faiz pula tergamam..Halina menarik2 lengan Farah untuk beredar.."Apa maksud you?"ujar Ainun..dia pelik.."maksud i,dulu si buaya ni couple dengan si Halina ni..Pastu si buaya ni suruh Halina tunggu dia sebab dia janji dia nak tunang dengan si Halina ni..tak sangka pulak yang buaya ni da tunang siap2 sebelum balik..baguslah...Good job Faiz...ermm..by the way..Cik Ainun,carefull eh..takut you pula jad mangsa dia lepas ni.."ujar Farah sebelum beredar...Mood shoppingnya musnah dek kerana pertemuan yang tidak dijangka itu..Halina diam seribu bahasa.."betul kau cakap Farah..Faiz da lupakan aku..see..dia dah bertunang dengan orang lain da pun...hummm..tak apa lah..bukan jodoh aku dengan dia..aku reda .."ujar Halina,.dia mengeluh berat...Serentak dengan itu dia berdiri..Farah memandang pelik.."budak ni da kenapa?semalam bukan main nangis bagai nak apa..sekarang ni cool semacam jaa"gumam Farah.."weh..jomlah..aku nak beli barang dapur ni.."ujar Halina..tiada riak sedih lansung diwajahnya..lagi Farah bingung..Farah bangun perlahan..dia menapak kearah Halina..dia menekapkan tangan di dahi Halina.."kau ni dah kenapa..aku sihat lah.."ujar Halina segera mengalihkan tangan Farah..dia tergelak.."aku okey lah Farah oii...tak ada apa pun..dah bukan jodoh aku dengan dia nak buat macam mana..takkan kau nak suruh aku neraung dekat situ tadi?merayu dekat dia?macam tu??"ujar Halina.."err...tak nak..tak nak.."...mereka tergelak..aku tahu dalam hati kau menangis..sabar lah Halina...ujar Farah..dia berlari mengejar Halina yang jauh meninggalkannya.















Aku yang kau panggil sayang


Dulu...
kau selalu ada disaat aku memerlukanmu
kau selalu ada saat aku sedih
kau selalu ada disaat aku gembira
kau juga selalu ada disaat aku jatuh

sedih aku
adalah sedih kau juga
ketawa aku
adalah ketawa kau juga
jatuh aku
kau lah yang membuat aku bangkit
segala kata-kata semangat yang kau berikan masih tersemat di hati
kau lah yang menemani hari-hari ku


walau kau jauh...
aku tetap rasa kehadiran kau dalam hati ini
aku tetap seolah mendengar tawamu
aku tetap seolah mendengar esak tangismu
aku tetap seolah merasai sakitmu

saat itu,
aku serahkan hatiku kepadamu
untuk kau jaga
untuk kau rawat luka-luka lama
untuk kau belai
untuk kau curah sepenuh kasihmu
untuk kau lindungi
aku percayakanmu

NAMUN...

kini semuanya tinggal kenangan

kau tidak lagi seperti dahulu
kau berubah
sangat-sangat berubah
aku sendiri tidak mengerti dimana silap ku
kau hilang
seolah-olah hilang dari hidupku
dan kau menjelma menjadi seorang insan lain yang tidak ku kenali
kau sakiti aku
kau kecewakan aku
kau semakin jauh
jauh...jauh..dan jauh
jauh dari hidup aku

kau hancurkan hati aku dengan sikap kau
kau hancurkan hati aku dengan kata-kata kau
kau kecewa aku
kau buat aku menangis
kau buat aku sedih
kau buat aku sakit
kau tak peduli perasaan aku
kau pentingkan dunia kau dari aku
kau abaikan aku

kenapa?
apa salah aku?
dimana salah aku?

dimana kau yang aku kenali?
dimana tuturmu yang mampu menghilang gundah di hati?
dimana tuturmu memjukku saat aku jatuh?
dimana janji-janji mu?
dimana sifat mu yang sangat ku sanjungi?
dimana kau campakkan tulus hatimu?
dimana?

kembalilah sayang
aku rindu akan dirimu
aku yang kau panggil sayang...

Di Persimpangan Dilema


Masa berlalu
Tanpaku menyedari
Perhubungan yang kita bina
Hampir terlerai

Apa salahku
Kau buat ku begini
Dalam dilema
Di antara jalan derita

Tidak pernah ku duga
Ini semua terjadi

Janganlah engkau
Menghancurkan segala
Setelah lama
Kita mengharungi bersama

Usah biarkan cinta kita yang suci
Di lambung ombak
Karam di lautan berduri

Hanya satu pintaku
Moga kau menginsafi
Semua ini...

Telah banyak yang ku beri
Sejak dulu lagi
Pengorbanan tiada pernah jemu
Hanyalah Tuhan saja
Bisa menentukan semua
Kesabaran daku menantimu

Ku tetap memaafkan
Dan berdoa kau kembali
Sebelum diri melangkah pergi...
-telah terlerai-

Jodoh Pertemuan

Ya Allah

Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama dengan dirinya.
Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-mu ini
Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang tumbuhkanlah kembali yang telah patah. jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku berikanlah aku insan yang lebih baik jika dia bukan jodohku
Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran
Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau
takdirkan, dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai dan kurniakan kepadaku keturunan yang soleh dan solehah berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat

Siapa Saya Dalam Hati Awak


~kalau dah baca yang lepas..boleh baca sambungannya.. ~

  "Ya,Allah,apa aku dah buat?Kenapa aku terlalu bodoh menilai mana kaca mana permata?Permata yang ada didepanku aku sia-siakan begitu sahaja".Bisik Harith.Titisan air mata  mula membasahi bumi,kertas ditangan digengam erat ke dada.Saat itu,semua kenangan bersama Farah terlayar di balik ingatan.Rindu,menyesal,bersalah,terkilan..semua perasaan itu muncul dengan serentak menyesakkan dada Harith.Dia menangis.menangis kerana kebodohannya yang tidak boleh membezakan antara kaca dan permata.Farah adalah permata yang Allah kirimkan dalam hidupnya.Ketukan dipintu mematikan segala kenangan indah bersama Farah.Dia memandang kosong kearah wajah abang sulung Farah,.."Harith,jenazah nak dibawa ke kubur dah ni,tak nak tengok Farah buat kali terakhir?"soal Faiz,abang sulung Farah.Harith bergegas bangun,dia berlari ke ruang tamu di mana jenazah Farah ditempatkan.Dia menapak perlahan-lahan.air mata tak dapat di bendung lagi.Semua yang ada bagai tergamam.Masing-masing hanya memerhati.Saat tiba disisi jenazah Farah,Harith melutut,dia melepaskan tangisnya disisi gadis yang telah dilukakannya."Farah,maafkan saya awak.Maafkan saya sebab saya abaikan awak,saya duakan awak..maafkan saya sebab tak dapat nilai awak,saya leka dengan dunia saya.Awak pergi terlalu cepat..Awak ingat tak.?awak kata kalau umur awak cukup 21,awak nak saya datang meminang awak,awak..tahun depan awak dah 21 tahun,saya nak meminang awak,sekejap ya..saya minta izin dekat mak ayah awak?awak,awak tak nak bangun ke?saya nak bawa awak jumpa keluarga saya ni..diorang dah ada dekat sini..bangunlah..kenapa awak diam je ni..?bangunlah!!"Harith hilang kewarasan..dia mengoncang tubuh kecil Farah.Semua hanya menangis melihat apa yang terjadi.Faiz dan Haziq bergegas turun dari bilik tatkala terdengar jeritan Harith yang memanggil nama arwah adiknya."Harith wake up.jangan buat macam ni..siksa arwah..wake up Harith"Seru Haziq.."Abang kenapa Farah tak bangun lagi ni,lamanya dia tidur,abang kejut dia sekejap boleh?saya nak kenalkan dia dekat family saya..Tolong abang"rayu Harith.
"Along.kak Farah dah tak ada,dia dah meninggal,along jangan buat macam ni along.kesian akak,tersiksa dia along..kalau along sayang kak Farah,along doakan dia ya..tunaikan apa yang kak Farah hajatkan"pujuk Fira,satu-satunya adik Harith.Harith tergamam."Farah..Meninggal??tak..tipu..adik tipu alongkan..tadi akak baru jaa cakap dengan abang..Dia bagi surat ni tadi dekat abang..tengok ni"Ujar Harith lantang.Pap..satu tamparan hinggap dipipi Harith..semua yang ada tergamam..Harith jatuh.."Papa,why?" ujar Harith dalam sedu.."Maaf kan papa along..Papa tak ada cara lain..Farah dah tak ada along.Along kena belajar terima hakikat.Dia dah pergi tinggalkan along..tinggalkan semua orang.Bagi dia rehat dengan tenang ya along..Dia dah penat berjuang untuk hidup..Bagi dia tenang ya sayang..Papa tahu along rindu and sayang dia..along doakan dia ya..Farah mesti tak nak along macam ni."Ujar Encik Sohaimi,cuba menenangkan anak sulungnya.Dia turut menangis..Harith terdiam..dia mengundur setapak demi setapak.Baru dia terlihat dengan jelas,wajah pucat Farah yang telah dibalut kemas dengan kain kafan.Dia melutut.menangis.Hiba hatinya melihat Farah yang active dan ceria kini kaku..pucat...

        Harith masih lagi setia dikubur Farah,kini,dia dan Farah berada di dalam dua dunia yang berbeza.Tiada lagi kata cinta dari Farah,Tiada lagi gelak tawa Farah..Semuanya hanya tinggal kenangan .Selesai membaca doa,Harith memegang erat batu nisan Farah."Sayang,awak pergi cepat sangat,saya tak sempat nak meminang awak...Sayang,awak ingat tak,awak kata dalam surat ni,awak nak tanya saya siapa awak dalam hati saya..Saya nak jawab jujur..sejujurnya dalam hati saya.Dalam hati saya,dulu,kini dan selamanya,awak insan yang saya cinta.saya sayangi sepenuh hati saya.Sejujurnya,saya bodoh sebab tak boleh nampak keikhlasan awak.maafkan saya sebab saya tak ada dekat sisi awak masa awak perlukan saya..Saya tak sangka awak pergi tanpa bagitahu saya.bodohnya saya kan??awak..semoga awak tenang dekat alam sana.Saya janji dengan awak.saya akan jaga family awak.Awak..Fira kata dia rindu awak..Dia tak sempat jumpa awak sebab dia sibuk dengan spm.Awak pon tahu kan..Awak ingat tak awak pernah janji dengan Fira yang awak nak belikan dia gitar kalau dia dapat staright A's dalam Spm.kalau dia dapat,saya yang akan ganti tempat awak tau..Saya yang akan belikan Fira gitar tu.Awak hari pon dah nak malam ni,saya balik dulu eh..Nanti kalau saya free saya datang selalu melawat awak.Saya bawa Fira sekali awak punya adik kesayangan.Assalamualaikum sayang"..Hujan mengiringi pemergian Harith.Farah kini sudah tiada lagi..Hanya memori yang tinggal jadi kenangan.

      Sebulan sudah berlalu,Hari-hari Harith makin pulih.Dia masih lagi mengingati wajah dan bait-bait kata insan yang sangat dicintainya.Dia tidak membuka hatinya untuk mana-mana gadis lagi.Dia ingin setia bersama cinta Farah."Weh.kau menung benda lagi ni,kejap lagi ada kelas,kau tak nak pergi makan ke?"Ujar Aiman.
Harith tersenyum tawar."Jom lah,aku lapar juga ni..kau belanja aku lah..sebab kau yang ajak aku makan kan?"Harith membalas.Aiman dapat merasa hambarnya senyuman dari sahabatnya itu.Dia turut merasa kehilangan.Dia faham apa yang dilalui Harith.Semenjak Farah meninggal.Harith lebih banyak berdiam.

Siapa Saya Dalam Hati Awak


        
              Awak,masa awak baca ni,mungkin saya dah tak ada lagi dekat dunia ni...Maafkan saya sebab pergi tanpa beritahu awak,saya tak sanggup tak bagitahu awak,saya tak sanggup tengok air mata keluar dari mata awak.

Awak,
      Banyak benda sebenarnya saya nak buat dengan awak,tapi saya tahu saya tak akan sempat,sebab bulan lepas,saya pergi buat terapi dengan pakar,penyakit saya dah tak boleh nak di buat apa-apa,hanya pembedahan sahaja yang boleh dilakukan,tapi keadaan saya masa tu lemah sangat,saya rindu awak..tapi awak sibuk dengan kerja awak.tak apa..saya faham sebab awak kata awak nak bela nasib family awak..awak anak yang baik.Doktor tu kata peluang saya untuk pembedahan ni berjaya just 50/50 jaa..saya takut sangat..tapi bila doktor kata tu jaa cara yang ada,saya ambil keputusan untuk buat pembedahan tu.Saya cuma fikir kalau pembedahan ni berjaya,saya nak buat semua benda dengan awak.Tapi kadang saya fikir juga,kalau pun saya hidup boleh ke saya buat semua benda dengan awak?huhuhu..lawakkan saya ni,ada ke fikir macam tu,mestilah awak akan teman saya kan?

Awak,
       penyakit saya makin serious,muka saya pucat sangat,sebab darah saya banyak sangat keluar,saya tak boleh penat sangat,sebab tu saya jarang sangat nak keluar,tapi bila awak ajak jumpa,saya make up tau.saya tak pernah make up..tapi sebab saya nak tutup dari awak..saya tak nak awak nampak saya sakit,saya tak nak awak risaukan saya,saya tahu awak dah banyak masalah,dengan masalah kerja..family lagi..saya tak nak tambah beban awak...saya happy sangat masa nak jumpa tu..mak ayah saya tak bagi saya keluar mulanya sebab taku saya jadi apa-apa..tapi saya yakin diorang yang awak akan jaga saya.Saya rasa bersalah sangat sebab ingkar cakap diorang..tapi lama-lama diorang izinkan juga.Awak kata nak jumpa saya dekat tempat yang selalu awak bawa saya makan..masa saya sampai awak tak sampai lagi pun..saya tunggu jaa sebab saya rasa jalan jammed tu yang awak lambat..hahhaha...masa tu saya teringat lagi..masa mula-mula awak bawa saya makan dekat tempat ni..romantik sangat tempat ni..Cantik..tu lah 1st impression saya tentang tempat ni..awak cakap awak suka tempat ni sebab tenang..tempat ni ingatkan awak dekat saya..lucu sangat awak ni...1 jam saya tunggu awak..awak tak datang-datang juga..saya bosan..saya pon pergilah keluar ambil angin dulu..sejuk sangat malam tu..dingin sangat...sunyi..sesunyi hati saya...saya rindu awak..tetiba saya dapat mesej..nama awak..saya ingat awak da sampai..saya pon jalan laju nak pergi tempat tu balik..saya sampai lupa yang saya tak boleh penat sangat..bila saya sampai..awak tak ada pun..nafas saya dah tak teratur dah masa tu..sebab dada saya rasa sempit sangat..saya duduk..minum air..saya pun buka mesej awak..hampanya saya masa tu Tuhan sahaja yang tahu.." Farah,saya ada hal malam ni tak jadi jumpa awak..kita jumpa lain kali ya..maaf" semudah itu..saya menangis..saya jalan kaki..saya tak call ayah saya suruh ambil saya pun..saya jalan kaki..saya nak tenangkan hati saya..saya tak nak mak and ayah saya risaukan saya kalau diorang nampak saya nangis...tetiba hujan..saya tak tahu nak pergi mana..hujan tu turun sama lebatnya dengan hujan dalam hati saya.Saya tak hiraukan hujan tu..Sampailah saya rasa sakit sangat badan-badan saya..jantung saya bergedup laju..nafas saya tersangkut-sangkut...saya jatuh awak..saya cuba cari ubat saya..tapi tak jumpa..lama-lama saya rasa pandangan saya makin kelam..saya cuma dengar orang ramai bising dekat keliling saya..lepastu saya tak sedar apa-apa pun..

    Awak,
            Bila saya sedar,saya nampak mak saya menangis,sayunya hati saya bila tenguk mak saya menangis.muka ayah macam nak menangis..saya tahu ayah saya menangis dalam hati..Awak..awak yang saya cari masa saya sedar..saya terlupa keluarga saya.."Mak,Harith ada datang?" soal saya..mak terdiam..ayah pun..perlahan-lahan ayah mengelengkan kepalanya..Sampai hati awak...saya ambil keputusan nak bagitahu awak bila saya keluar hospital..Bila saya keluar hospital.Saya call awak...saya ajak awak jumpa sekejap jaa..tapi awak tolak..awak kata awak banyak kerja..saya faham tu awak...tapi takkan tak ada ruang sikitpun masa untuk saya..Seminggu lepastu..saya nampak awak makan dekat tempat tu...saya mula nak pergi tegur awak..masa saya nak buka langkah,..saya nampak ada sorang perempuan dekat dengan awak..awak sambut dia baik jaa..cantik..saya sedih sangat..masa tu saya terfikir..siapa saya dalam hati awak?awak cintakan saya lagi ke?kenapa awak berubah?..lama saya fikir benda tu...lama-lama saya sedar..saya ni perempuan berpenyakit..awak sihat..awak patut dapat yang lagi baik..yang boleh jaga awak...awak...saya sayang awak tau..awak umpama bintang yang nampak dekat dengan saya..tapi tak mungkin saya bole miliki...Awak.doktor cakap penyakit saya dah merebak ke hati..dah tak boleh nak ubat dah..masa saya nak pergi makan,saya terdengar mak dengan ayah saya bincang..yang saya dengar mak kata yang doktor cakap masa saya dah tak lama..saya tak boleh bertahan sebab kanser tu dah merebak ke hati saya.Ya Allah..dugaan apakah ini?saya masuk bilik,selera makan saya mati..saya berkurung seharian..namun bila saya fikir,untuk apa saya habiskan sisa-sisa hidup saya macam ni.saya keluar bilik,saya buat muka happy..saya tak nak family saya sedih..saya ajak diorang makan luar..awak jangan terkejut..saya bawa kereta tau..saya belanja family saya makan dekat tempat yang kita selalu pergi..hati saya sayu tengok tempat ni..tambah sayu bila tengok muka mak ayah saya..masa tu abang-abang..kakak-kakak saya semua ada..mungkin mak dah bagitahu diorang...saya bahagia sangat awak..hari-haro saya..saya isi dengan hal-hal yang dekatkan diri saya kepadaNYA,saya habiskan masa dengan family...sedara mara..kaum kerabat dan juga sahabat saya..Malam tu saya ajak awak jumpa..awak kata okey..saya happy sangat...tapi saya tak sempat sebab masa saya nak keluar tu badan saya sakit sangat...Tuhan yang tahu betapa sakitnya saya...hidung saya berdarah..banyak sangat...pandangan saya kabur..saya panggil..Mama...ayah...masa tu mama ngan ayah saya datang laju..diorang jerit nama saya..saya dengar tapi saya tak mampu nak menyahut...lepastu saya tak dengar apa-apa dah...
          
      Bila saya bukak mata,saya tak larat sangat,saya tahu saya akan pergi menghadapNYA tidak lama lagi,..Saya ambil keputusan tulis ni untuk awak..lepas ni saya akan bagi surat ni dekat abang..bia abang bagi dekat awak...

    Awak... Saya sayangkan awak sangat-sangat...awak cinta pertama dan juga cinta terakhir saya...Maafkan segala salah dan silap saya.halalkan makan minum saya dan segala yang awak bagi dekat saya..awak bila saya dah tak ada..awak jagakan family saya ya..jaga diri awak elok-elok..kirim salam dekat Fira adik awak..the cute...awak jangan kerja sampai lewat malam tau..nanti awak tak sihat...Awaak..saya nak sangat tanya awak benda ni... "SIAPA SAYA DALAM HATI AWAK??" tapi saya tak mampu lagi nak tanya...saya harap awak jawab walau saya dah tak ada lagi dekat dunia ni...Saya juga teringin nak panggil awak dengan panggilan ABANG...Awak masa saya dah nak sampai..jangan nangis dekat jenazah saya tau..saya tak sanggup tengok awak bersedih..Sekian dari saya..Sayang awak sangat2...


SALAM SAYANG

  ~FARAH~

Dia


DIA
Saat aku sedih..
DIA orang pertama yang faham and tahu apa yang aku rasa,
DIA juga yang cuba macam2 cara nak buat aku happy,
DIA juga terkadang turut bersedih bersama ku saat aku tak mampu lagi berkata-kata,
DIA juga yang menenangkan aku dengan kata-kata semangatnya,
walau aku tahu itu kata-kata dari pujangga luar
tapi ,aku terubat,kesedihan aku terubat.
semua kerana usaha DIA,
DIA bersungguh,
terkadang aku keraskan hati tatkala DIA cuba membuat sesuatu untuk mengilangkan kesedihan yang bertamau,
DIA tidak mengalah.
DIA tetap berusaha,
bila aku tanya "kenapa awak tak mengalah?"
kata DIA, "usaha tu tangga kejayaan"
saat tu aku tak mampu berkata apa-apa,hanya mampu tertawa melayan keletah DIA.
Saat aku gembira,
DIA antara orang-orang pertama yang aku sampaikan berita gembira
DIA turut gembira tatkala aku gembira
DIA pernah berkata " saya suka awak happy"
DIA tidak sedar
DIA yang banyak memberi kebahagiaan dalam hidup aku
DIA juga tertawa saat aku tertawa
DIA tak pernah membuat mood aku berubah saat aku sedang gembira
Saat aku jatuh,
DIA yang selalu setia menemaniku
DIA yang selalu memberi kata-kata semangat pendorong aku
DIA yang selalu membantu aku untuk bangkit dari jatuh
DIA yang bersengkang mata menemani aku tatkala aku tak punya sesiapa
DIA membuat aku rasa semangat untuk meneruskan hari-hari yang mendatang
DIA juga menjadi tempat aku luah kan apa yang terbuku
DIA ... DIA  ... dan DIA ...
DIA tak pernah bosan dengar celoteh aku
DIA tak pernah mengeluh
DIA tak pernah marah
DIA..kata-kata yang keluar dari mulutnya penuh dengan nasihat,teguran..
DIA insan yang pernah hadir dalam hidup aku,
menemani hari-hari aku tanpa jemu dan lelah.
DIA adalah insan yang amat ku sanyangi.

Cinta ILLAHI

          boy : saya ada nak cakap something dekat awak ni..awak busy tak?
girl  : erm...tak pun..cakap lah 
boy : (berdehem) ...errr.... Alia Athirah binti Hafiz,sudikah awak menjadi makmum dalam solat saya? permaisuri dalam hati saya?ibu kepada anak-anak saya dan pendamping saya dikala saya susah dan  dikala saya senang?
girl  : err...awak bergurau ke?tak lawak gurauan awak ni?jangan main-main lah benda macam ni
boy : hummm(mengeluh) ...awak...saya dah cukup serious dengan apa yang saya cakap ni,saya serious nak lamar awak.kita dah lama berkawan kan?saya nak jadikan hubungan ni halal,saya tak nak hubungan ni kotor dengan benda-benda tak elok..saya nak hubungan ni halal,saya nak jaga awak.saya tahu saya tak sempurna Alia,saya tak sekaya awak..humm(sigh)..Alia..Dengan nama Allah,saya cintakan awak,saya cintakan akhlak awak.saya cintakan peribadi awak.saya cintakan awak bukan kerana harta awak,bukan kerana rupa awak... 
girl  : awak..saya tak cari kesempurnaan tu,saya cuma perlukan orang yang bole bimbing saya, bole   guide saya dalam hidup,yang bole jadi kawan,abang,dan suami saya,yang bole jadi ayah kepada anak-anak saya.saya tak minta duit yang melimpah,kekayaan,kesenangan hidup,saya tahu kita tak boleh survive kalau tak ada duit.saya akui duit tu penting.tapi kalau duit tanpa kasih sayang..kita takkan bahagia..awak tak boleh merendah diri macam tu.Harith..dengan nama Allah juga,..saya cintakan awak,saya saya cinta peribadi awak.saya terima kekurangan dan kelebihan awak.Dengan nama Allah juga,saya terima lamaran awak.Inshaa Allah..tapi saya rasa eloklah kalau awak bawa orang tua awak berjumpa orang tua saya.dahulukan mereka..mereka lagi berhak..saya masih bawah tangungan orang tua saya..saya harap awak faham.. 
boy  :Alhamdulillah..terima kasih Allah..terima kasih Alia..terima kasih sangat-sangat..Inshaa Allah saya terima kebaikan dan keburukan awak..saya akan bawa orang tua saya kerumah awak..menghormati             permintaan awak..terima kasih Alia... (senyum) 
girl   :Sama-sama. 
                                                ~~~~~TAMAT~~~~~~

       Huhuhuhu...pendek je..tapi mendalam kan maksudnya..kalau faham tu okey lah..yang tak faham tu..tepuk dada tanya iman..takat mana iman awak kalau dakwah sesimple ni pun takfaham...hahahaha...hidup nak jadi dai'e(pendakwah) ni susah..kena guna banyak cara..otak kena cepat fikir...kena banyak ilmu.. dah kalau orang tanya..takkan nak jawab tak tahu..malu lah..hahah..tapi seeloknya kalau tak tahu cakap je tak tahu..jangan dok nak buat ajaran sesat sangat lah kan..nak ganti ayahpin  ke???

    Cinta tu sebenarnya tak haram..cinta tu kan suci..betul tak??so jangan nak gatal-gatal nak kotorkan cinta tu...ade yang kena sekeh laju-laju nanti..tak susah nak jaga kesucian cinta ni..lagi-lagi akhir zaman ni..ape pon tak boleh..bukti cinta bukan dengan cara yang macam ni..

                                                          ~~~cinta nafsu~~~

boy : sayang..saya cintakan awak sangat-sangat..awak cintakan saya tak?
girl  : of coz saya cintakan awak..kenapa  ni?awak tak percaya ke??
boy :buktikan yang awak cintakan saya
girl  :macam mana saya nak buktikan?
boy :tidur dengan saya malam ni kalau betul awak cintakan saya
girl  :errr...okey..kalau tu boleh buktikan..saya sanggup

~~setan hepi bagai nak gile...melompat2 dia..silap2 guling2~~~

ni bukan cinta lah sayang...ni namanya nafsu...ape korang ingat kalau dah dapat satu tu...(dara)...dorang nak lagi ke kat korang..kut dapat yang baek..dia ambil buat bini..kalau dapat yang 6 jahanam,..memang jahanam lah kau sorang2...lagi2 kalau kau pregnant..zina dah 1 dosa...kalau kau gugur..1 dosa..selamanya ke nak hidup dengan dosa??? ...dorang tu pun cari bini yang alim2..yang bukan bekas orang..yang suci lagi...dah kalau korang tak suci..even dorang yang buat..ape kau ingat dorang hingin ke??fikir balik

                             ~~~cinta yang sebenarnya cinta kerana ALLAH~~~

bila lelaki tu betul2 cintakan kita...dia akan berusaha semampunya untuk jaga kita..Dia takkan nak rosakkan kita..sebaliknya dia always tegur kita kalau kita ada buat salah..dia buat kita lagi dekat dengan Allah..Dia akan lamar kita tuk jadi isteri dia...jadi makmum dia...macam yang kat atas tu..haaa..tu baru betul..

masing2 dah besar panjang..dah tahu bezakan baik dan buruk..fikirlah...