Isnin, 22 Jun 2015
Last semester , last year , last day , last memory
Khamis, 9 April 2015
Pesan Ayah
Ketahuilah,
Saat kau lafazkan aku terima nikahnya,
Kau menggalas sebuah tanggungjawab yang amat besar,
Kau menggalas dosa-dosa si hawa,
Kau memimpin si hawa.
Tatkala kau melafazkan akad,
Ayah sudah tiada hak keatas hawa, anak ayah.
Ketahuilah adam,
ayah lepaskan dia kepada kamu.
Untuk kamu lindungi bagaimana ayah melindungi dia,
Untuk kamu didik bagaimana ayah mendidik dia,
Untuk kamu sayangi bagaimana ayah menyanyangi dia,
Untuk kamu cintai bagaimana ayah mencintai dia,
Untuk kamu bahagiakan bagaimana ayah bahagiakan dia.
Jangan kau sakiti dia,
Air mata dia , air mata ayah juga
Sakitnya dia , sakitnya ayah juga
Sedihnya dia, sedihnya ayah juga
Dulu,
Ayah menjadi teman tidur dia,
Kini ayah serahkan tugas itu kepada kamu,
Dulu,
Esakan dia dicurah di bahu ayah,
Kini esakannya ayah serahkan kepadamu
Dulu,
Sakitnya dia, ayah ubatkan
Kini sakitnya ayah serah padamu
Dulu,
Ayah menjadi teman ceritanya
Kini ayah serahkan teman itu kepadamu.
Dia adalah amanah buatmu,
Jangan kamu sakiti dia kerana ayah tidak pernah sakiti dia,
Didik lah dia akan hukum kerana tanggungjawab ayah sudah diserah kepadamu,
Didik lah dia dengan berhemah.
Janganlah kamu tinggikan suara kamu ketika bercakap dengannya kerana ayah tidak pernah berkasar dengannya,
Tegurlah dia dengan kasih sayang kerana ayah selalu melakukan begitu.
Nafkahilah dia zahir dan batinnya
Ingatlah,
Ayah amanahkan dia kepadamu
namun ,
Bukan bererti dia bukan milik ayah
Dia masih milik ayah.
Izinkan dia melawat kami tatkala dia rindu
Izinkan dia berbakti kepada kami selama kami masih ada.
Syurga dia kini bukan pada ibunya, tetapi pada kamu.
Fitrah dia , isteri kamu.
Dia ingin dicintai
Dia ingin dibelai
Dia ingin disanyangi
Dia ingin dilindungi
Dia ingin ditemani
Dulu ia menjadi tugas ayah
kini ayah serahkan semua itu pada kamu.
Ayah walinya,
janji sudah terpatri,
Ayah serahkan dia pada kamu
Ayah sempurna fitrah dia
Air mata ini bukan hanya air mata kesedihan
Tetapi air mata kegembiraan.
Ayah telah sempurna tugas ayah
Dia sudah bahagia dengan kamu
Namun air mata kesedihan ini ayah tidak mampu bendung
Dia yang ayah pelihara dari kecil hingga kini.
Ayah amanahkan dia kepadamu Adam.
Jumaat, 20 Mac 2015
Erti Hidup
Ketika insan lain duilit lena
kau masih termangu
Mengenang nasib diri
Kau mula mempersoal takdir
Kau mula gelisah
kau mula sedih
lalu kau menangis
Pernah kau cuba untuk mengubah ?
Pernah kau cuba untuk menerima?
Pernah kau cuba untuk redha ?
Pernah kau melihat keberuntungan yang kau perolehi ?
Tidakkah kau lihat insan lain ?
Tidakkah kau fahami insan lain ?
Tidakkah kau teliti dunia mu ?
Tidakkah kau melihat kebesaraNya ?
Tidakkah kau lihat kasih sayangNya ?
Tidakkah kau lihat sifat pengampunNya ?
lalu mengapa kau masih mempersoal ?
lalu mengapa kau masih bersedih ?
lalu mengapa kau masih mengenang nasib ?
lalu mengapa kau masih tidak redha ?
lalu mengapa kau tidak berusaha ?
Dan bila mana kau mula melihat semuanya dengan iman
Kau akan mula tersenyum
Kau akan berhenti mengeluh
kau akan bersyukur
kau akan redha
kau akan berusaha
Dan kau lebih dekat dengan Pencipta
kau bukan nabi ,
Kau bukan sahabat nabi ,
Kau bukan juga tabi' tabiin ,
kau cuma insan biasa yang mula mengerti erti hidup
Dan ingat lah Allah berfirman 'tidak aku mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri' ; maka benar lah kataNya
Dan ingat lah 'boleh jadi yang kamu benci itu baik untuk kamu , boleh jadi yang kamu sangka baik itu buruk buat kamu .. Allah maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui '
Selasa, 17 Mac 2015
Segenggam Tabah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hati Kala Cinta
Aku yang kau panggil sayang
Dulu...
kau selalu ada disaat aku memerlukanmu
kau selalu ada saat aku sedih
kau selalu ada disaat aku gembira
kau juga selalu ada disaat aku jatuh
sedih aku
adalah sedih kau juga
ketawa aku
adalah ketawa kau juga
jatuh aku
kau lah yang membuat aku bangkit
segala kata-kata semangat yang kau berikan masih tersemat di hati
kau lah yang menemani hari-hari ku
walau kau jauh...
aku tetap rasa kehadiran kau dalam hati ini
aku tetap seolah mendengar tawamu
aku tetap seolah mendengar esak tangismu
aku tetap seolah merasai sakitmu
saat itu,
aku serahkan hatiku kepadamu
untuk kau jaga
untuk kau rawat luka-luka lama
untuk kau belai
untuk kau curah sepenuh kasihmu
untuk kau lindungi
aku percayakanmu
NAMUN...
kini semuanya tinggal kenangan
kau tidak lagi seperti dahulu
kau berubah
sangat-sangat berubah
aku sendiri tidak mengerti dimana silap ku
kau hilang
seolah-olah hilang dari hidupku
dan kau menjelma menjadi seorang insan lain yang tidak ku kenali
kau sakiti aku
kau kecewakan aku
kau semakin jauh
jauh...jauh..dan jauh
jauh dari hidup aku
kau hancurkan hati aku dengan sikap kau
kau hancurkan hati aku dengan kata-kata kau
kau kecewa aku
kau buat aku menangis
kau buat aku sedih
kau buat aku sakit
kau tak peduli perasaan aku
kau pentingkan dunia kau dari aku
kau abaikan aku
kenapa?
apa salah aku?
dimana salah aku?
dimana kau yang aku kenali?
dimana tuturmu yang mampu menghilang gundah di hati?
dimana tuturmu memjukku saat aku jatuh?
dimana janji-janji mu?
dimana sifat mu yang sangat ku sanjungi?
dimana kau campakkan tulus hatimu?
dimana?
kembalilah sayang
aku rindu akan dirimu
aku yang kau panggil sayang...
Di Persimpangan Dilema
Masa berlalu
Tanpaku menyedari
Perhubungan yang kita bina
Hampir terlerai
Apa salahku
Kau buat ku begini
Dalam dilema
Di antara jalan derita
Tidak pernah ku duga
Ini semua terjadi
Janganlah engkau
Menghancurkan segala
Setelah lama
Kita mengharungi bersama
Usah biarkan cinta kita yang suci
Di lambung ombak
Karam di lautan berduri
Hanya satu pintaku
Moga kau menginsafi
Semua ini...
Telah banyak yang ku beri
Sejak dulu lagi
Pengorbanan tiada pernah jemu
Hanyalah Tuhan saja
Bisa menentukan semua
Kesabaran daku menantimu
Ku tetap memaafkan
Dan berdoa kau kembali
Sebelum diri melangkah pergi...
-telah terlerai-
Jodoh Pertemuan
Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit, hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama dengan dirinya.
Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan, adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-mu ini
Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang tumbuhkanlah kembali yang telah patah. jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku berikanlah aku insan yang lebih baik jika dia bukan jodohku
Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia mahupun diakhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran
Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau
takdirkan, dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai dan kurniakan kepadaku keturunan yang soleh dan solehah berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat
Siapa Saya Dalam Hati Awak
Siapa Saya Dalam Hati Awak
Dia
DIA
Saat aku sedih..
DIA orang pertama yang faham and tahu apa yang aku rasa,
DIA juga yang cuba macam2 cara nak buat aku happy,
DIA juga terkadang turut bersedih bersama ku saat aku tak mampu lagi berkata-kata,
DIA juga yang menenangkan aku dengan kata-kata semangatnya,
walau aku tahu itu kata-kata dari pujangga luar
tapi ,aku terubat,kesedihan aku terubat.
semua kerana usaha DIA,
DIA bersungguh,
terkadang aku keraskan hati tatkala DIA cuba membuat sesuatu untuk mengilangkan kesedihan yang bertamau,
DIA tidak mengalah.
DIA tetap berusaha,
bila aku tanya "kenapa awak tak mengalah?"
kata DIA, "usaha tu tangga kejayaan"
saat tu aku tak mampu berkata apa-apa,hanya mampu tertawa melayan keletah DIA.
Saat aku gembira,
DIA antara orang-orang pertama yang aku sampaikan berita gembira
DIA turut gembira tatkala aku gembira
DIA pernah berkata " saya suka awak happy"
DIA tidak sedar
DIA yang banyak memberi kebahagiaan dalam hidup aku
DIA juga tertawa saat aku tertawa
DIA tak pernah membuat mood aku berubah saat aku sedang gembira
Saat aku jatuh,
DIA yang selalu setia menemaniku
DIA yang selalu memberi kata-kata semangat pendorong aku
DIA yang selalu membantu aku untuk bangkit dari jatuh
DIA yang bersengkang mata menemani aku tatkala aku tak punya sesiapa
DIA membuat aku rasa semangat untuk meneruskan hari-hari yang mendatang
DIA juga menjadi tempat aku luah kan apa yang terbuku
DIA ... DIA ... dan DIA ...
DIA tak pernah bosan dengar celoteh aku
DIA tak pernah mengeluh
DIA tak pernah marah
DIA..kata-kata yang keluar dari mulutnya penuh dengan nasihat,teguran..
DIA insan yang pernah hadir dalam hidup aku,
menemani hari-hari aku tanpa jemu dan lelah.
DIA adalah insan yang amat ku sanyangi.
Cinta ILLAHI
boy : saya ada nak cakap something dekat awak ni..awak busy tak?
girl : erm...tak pun..cakap lah
boy : (berdehem) ...errr.... Alia Athirah binti Hafiz,sudikah awak menjadi makmum dalam solat saya? permaisuri dalam hati saya?ibu kepada anak-anak saya dan pendamping saya dikala saya susah dan dikala saya senang?
girl : err...awak bergurau ke?tak lawak gurauan awak ni?jangan main-main lah benda macam ni
boy : hummm(mengeluh) ...awak...saya dah cukup serious dengan apa yang saya cakap ni,saya serious nak lamar awak.kita dah lama berkawan kan?saya nak jadikan hubungan ni halal,saya tak nak hubungan ni kotor dengan benda-benda tak elok..saya nak hubungan ni halal,saya nak jaga awak.saya tahu saya tak sempurna Alia,saya tak sekaya awak..humm(sigh)..Alia..Dengan nama Allah,saya cintakan awak,saya cintakan akhlak awak.saya cintakan peribadi awak.saya cintakan awak bukan kerana harta awak,bukan kerana rupa awak...
girl : awak..saya tak cari kesempurnaan tu,saya cuma perlukan orang yang bole bimbing saya, bole guide saya dalam hidup,yang bole jadi kawan,abang,dan suami saya,yang bole jadi ayah kepada anak-anak saya.saya tak minta duit yang melimpah,kekayaan,kesenangan hidup,saya tahu kita tak boleh survive kalau tak ada duit.saya akui duit tu penting.tapi kalau duit tanpa kasih sayang..kita takkan bahagia..awak tak boleh merendah diri macam tu.Harith..dengan nama Allah juga,..saya cintakan awak,saya saya cinta peribadi awak.saya terima kekurangan dan kelebihan awak.Dengan nama Allah juga,saya terima lamaran awak.Inshaa Allah..tapi saya rasa eloklah kalau awak bawa orang tua awak berjumpa orang tua saya.dahulukan mereka..mereka lagi berhak..saya masih bawah tangungan orang tua saya..saya harap awak faham..
boy :Alhamdulillah..terima kasih Allah..terima kasih Alia..terima kasih sangat-sangat..Inshaa Allah saya terima kebaikan dan keburukan awak..saya akan bawa orang tua saya kerumah awak..menghormati permintaan awak..terima kasih Alia... (senyum)
girl :Sama-sama.
~~~~~TAMAT~~~~~~
boy : sayang..saya cintakan awak sangat-sangat..awak cintakan saya tak?
girl : of coz saya cintakan awak..kenapa ni?awak tak percaya ke??
boy :buktikan yang awak cintakan saya
girl :macam mana saya nak buktikan?
boy :tidur dengan saya malam ni kalau betul awak cintakan saya
girl :errr...okey..kalau tu boleh buktikan..saya sanggup